Selasa, 22 Disember 2015

KE KOREA KITA ( DAY 7 ) NAMI ISLAND

Assalamualaikum,

10.30am keluar rumah. Bangun agak lambat hari ni sebab penat ke Everland tak habis lagi hahahaha. Aktiviti hari ni ke NAMI ISLAND !!!



Mama dan mama mertua buat sandwich untuk ke Nami Island, aku rasa best kot bawa mama sebab sarapan semua ready aje bila bangun hahaha. Rasa memang dah menetap kat Korea aje adoiiiyaiii.


Hari ni keluar dari rumah, semua bercakap keluar asap.. hehehe. seronok ko tapiiii tekak cepat kering.




Dari rumah naik bus ke Honggik station 1250 won ( Rm5.00 ) Dalam bus ada drama sebab aku lupa letak kad T-money di mana tapi akhirnya jumpaaaa sebab aku letak di kawasan lain bukan tempat selalu simpan hahahaha.

Topup 10,000 won ( Rm40.00 ) saje-saje buat tambahan takut tersangkut plak tengah naik bus atau teksi.


Hampir 2 jam jugak perjalanan ke Nami Island ni.


Direction to Nami Island :

Hongik Univ Line 2 - Wangsimni ( Gyeongui Line ) - Sangbong ( Line Gyeongchun ) - Gapyeong 
( Line Gyeongchun ) 2350 won = Rm9.40





Suasana dalam train Korail. semua mengadap gadget dan tengok movie je hehehe.


Dekat Korea sama ajelah dengan Malaysia, kalau nampak orang tua kita akan bagi tempat duduk untuk mereka terdahulu.


Alhamdulillah setelah menempuh perjalanan selama 2 jam akhirnya sampaiiiii.


Suhu masyaAllah memang kami tak duga sejuk nak mampos hahahaha.


Keluar aje dari station ???? akan Nampak teksi menunggu. Boleh aje naik teksi ni dengan harga 4000 won ( Rm16.00 ) @ seberang jalan ada Nampak station bus kan, so korang boleh tunggu bus disitu dekat kos 1100 won ( Rm4.40 ) seorang. Tapi sebelum naik korang Tanya ahjussi tu "Namision" ??? Kalau dia cakap yer naik ajelah jimat belanja.






Dalam jam 1.30pm sampai Nami Island, masyaAllah sejuk giler dahlah aku tertinggal tutup telinga, mafla leher dan sarung tangan. Papa lagi kesian siap selsema teruk kes salah pakai baju sejuk dan suhu drop tetiba mungkin sebab dikelilingi sungai kan.



 Jumpa orang Malaysia tinggal di Johor. sama-sama ke Nami Island.


Tiket Nami Island musim luruh. Tiket ni akan bertukar ikut musim. Tiket masuk ke Nami dan Ferry pergi balik 8000 won = Rm32.00



Perjalanan ke Nami menaiki Ferry. Aku keraskan jiwa raga duk kalt luar ni walaupun sejuk melampau berbanding duduk kat dalam ada heater.








Yeayyyy sampai Nami Island.


Apa lagi selfie ajelah sepanjang di Nami ni.



Dilla... siapa nak kenal dengan dia boleh pm aku hehehe.




Nampak tak krismas tree colorfull tu diperbuat dari botol kosong dan dicat. Kreatif.





Orang korea percaya kalau susun batu lagi tinggi lagi bertuah.






Alhamdulillah orang tak ramai sangat memandangkan pergi hari selasa. bukan hujung minggu.




Rezeki kami dating Nami dapat tengok artis Korea shooting Kdrama 2016 tajuk
"best couple " siap aku Tanya produksi tu muka aku ada masuk sikit-sikit tak terus diaorang gelak hahahaha. Yang pasti artis korea tu pernah aku tengok dalam kdrama tapiii nape dekat luar tak hensem macam dalam kdrama huhuhu.









Muka tak tahan sejuk hahaha.







Siapa tengok drama winter sonata mesti tahu scene apa ni hahahaha. Itu kalau jatuh terus masuk sungai hahahahaha.












Puas ambik gambar, terjumpa information caounter terus beli setem dan dapat poskad percuma. InsyaAllah poskad tu akan sampai ke Malaysia dengan setem yang dicop Nami Island. Kos setem 1000 won ( Rm4.00 )









Berapa kali entah aku asyik lari ke unggun api ni nak panaskan tangan punya pasal.



Poskad free boleh dapatkan dalam centre ni dan setem ajelah beli. Dekat sini boleh tukar duit jugak.


Poskad yang akan terbang ke Malaysia... Now poskad tu dah sampai dalam masa 10 hari hehehe.






Nak cari restoran nasi goncang ni memang susah sikit untuk korang perasan sebab tak ada signboard yang jelas dibahagian luar kedai dia. Korang jumpa bangunan color kuning ni kan jalan depan sikit akan jumpa jalan ke kiri. Masa korang masuk lorong kiri tu di bucu coner tu ada kedai, itulah kedai nasi goncang ni.


Kedai dia betul-betul di bucu jalan dan bersebelahan bangunan kuning tadi.



Alhamdulillah sempat makan nasi goncang atau lunch box yang terkenal di Nami island. Sedap kot kalau nak dibandingkan dengan rupanya selepas digoncang memang tak lalu lah hahahaha. Aku ambik original punya perisa kimchi 5000 won ( Rm20.00 )











Siapa nak beli pau kacang merah boleh beli kat belakang aku ni. Memandangkan aku kenyang makan nasi goncnag so tak belilah pau ni.

















Puas  bergambar dan makan nasi goncnag, tepat jam 5pm kitaorang berlari naik ferry sebab tak silap aku last ferry jam 6pm dan 1 trip lagi jam 9pm.


Bye-bye Nami, tahun depan kami datang lagi insyaAllah....




Patung perempuan di nami hehehe. Naik Ferry mesti nampak.







Mamat berlakang aku tu lah yang jaga pintu masuk ferry ni.





Tengoklah keadaan tudung dan rambut dilla, angin kuat gilerrr kot. 




Nampak dilla bertopeng tu??? kes tak tahan sejuk hahahaha. Pintu ni jugak korang kena lalu untuk beli tiket ke Nami dan ke ferry.



Kebetulan masa keluar dari Nami bas teksi baru jalan so kitaorang menunggulah teksi seterusnya tapiiiii bila aku nampak bus terus tahan dan tanya ahjussi bus ni ke station train ke? lepas dia jawab yer teruslah kami naik. 1250 won = Rm5.00

Yang lain semua tak makan di Nami sebab kebanyakkan kedai dah di reserved untuk shooting so diaorang close untuk orang luar. So ke Itaewonlah atas permintaan semua hehehe.


Direction to Itaewon :

Gapyeong ( Line Gyeongchun ) - Mangu (Line Gyeongui) - Oksu ( Line 3 ) - Yaksu ( Line 6 ) Itaewon ( Line 6 ) 
2350 won = Rm9.40

Aku kongsi makan nasi kebab ayam dengan nazurah 4000 won = Rm16.00 . En Fendi makan kebab kambing 6500 won = Rm26.00 

Setle makan kami terus balik ke Hongik


Direction to Hongik Univ :

Itaewon ( Line 6 ) - Gongdeok ( Line Arex ) - Hongik Univ ( Line Arex  Exit 1 ) 1250 won = Rm5.00

Memandangkan aku, En Fendi, Dilla nak bawa nazurah ke area Hondae so aku tahan kan sebuah teksi untuk papa, mama dan mama mertua balik guesthouse. Aku tunjuk alamat dan ahjussi tu hantarkan.


Lepas tu kami terus ke area Hongdae sebab sini kawasan Universiti so banyaklah jualan barang pada waktu malam. 


Area Hongik @ Hongdae...


Waffle paling best kot di Hongdae ni. En Fendi belanja kami waffle dan nazurah ambik kesempatan minta tambah cheese !!! 1000won = Rm4.00 x 4 = Rm16.00


Makan panas-panas memang layannnnn.

Dekat Hongdae market ni, nazurah paling banyak shopping termasukan baju, rak hp, stokin serta machitto chocolate. Kaw-kawa dia shopping sebab katanya duit banyak lebih hahaha.

Suhu masa ni, bagi akulah macam drop giler-giler sejuk yang amat dari semalam. Lepak minum di cafe. Mulanya aku nak makan toppoki & Odeng tapi bila tengok kedai ahjumma yang aku beli sebelum ni dah ada makanan bergoreng terus aku batalkan niat nak beli.

10pm tahan teksi terus balik guesthouse. 3600 won = Rm14.40 / 4 = Rm3.60


 Bajet yang dibayar dari Malaysia :

-Tiada-

 Bajet Hari Ketiga  :

Bus ke Hongik Univ station = 1250 won (Rm5.00)

Topup Tmoney = 10000 won (Rm40.00)

Train ke Nami Island  = 2350 won (RM9.40)

Teksi ke Nami Island  = 4,000 won ( Rm16.00)

Tiket Nami Island  = 8000 won ( Rm32.00 )

Setem Nami Island = 1000won (Rm4.00)

Nasi goncang= 5000won ( Rm20.00 )

Bus dari Nami ke Gapyeong station = 1250 won ( Rm5.00 )

Train ke Itaewon = 2350 won ( Rm9.40 )

Train ke Hongik Univ = 1250 won ( RM5.00 )

Waffle Hongdae = 1000 won x 4 ( Rm16.00 )

Teksi ke Guesthouse = 3600 won ( Rm14.40 ) / 4 = Rm3.60

Total : 44,050 won = RM176.20 untuk 1 orang

* Rate matawang mengikut tukaran sebelum ke Korea.


Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in