Isnin, 14 Disember 2015

KE KOREA KITA ( DAY 4 ) MYEONGDONG

Assalamualaikum,



Hari ni rehat dirumah sebab badan penat sangat-sangat. Mama buat nasi goreng untuk sarapan dan aku pula pergi ke kedai runcit berdekatan untuk beli sayur. Program hari ni ke Myeongdong untuk shopping makeup ^-----^ tapi kitaorang keluar tengahari sikitlah tak macam biasa pagi dah keluar ukur jalan.




Macam biasa bergambar depan Guesthouse.



Daun maple gergasi hahaha. Jumpa dekat area guesthouse.



Sempat singgah kedai runcit beli Coffee dan garam untuk masak malam nanti ehehe.


Naik bas 7706 ke Hongik station (1100 won = Rm4.40) 





Direction to Myeongdong :


Hongik station - Myeondong station ( Seoul subway Line 4 ) Exit 5 @ 6 @ 7 @ 8  - 
Euljiro II-ga Station (Seoul Subway Line 2 ) Exit 5 ( 1250 won = Rm5.00 )






Mamat Nutella ni memang terkenal dekat mana-mana blog. Kalau nak jumpa dia harus datang hari Ahad yer. Hensemmmmm ko siap En Fendi tarik aku lagi hahahaha.






Maskot Cat Cafe.. 







Kentang Udang sedappp dia masak semua depan kita so boleh dimakan cuma jangan ambik mayonis.








Budak kecik ni memang sakan shopping kat Myeondong.



Memandangkan hari ni tengahari baru keluar, so just tengok-tengok barang makeup apa yang trendding di Korea. Dalam masa yang sama belikan kiriman orang. Paling best aku masuk kedai yang bagi free gift masa di pintu masuk je. Ambil syarat masuk pusing 1 kedai lepas tu keluar hahahaha janji free gift dapat. Siapa tak nak mask muka free kan ^____^ Banyak kedai aku masuk lagi banyak free giftlah aku dapat (",) Misi untuk dapat free gift ini akan diteruskan pada hari rabu nanti pula kuikui sebab nak kumpul facemask banyak-banyak. InsyaAllah misi akan start pagi hingga ke petang....





Hari ini kami banyak cuci mata dan bandingkan harga sebab Rabu nanti kami akan ke sini lagi dari pagi sampai petang.









Dekat Myeongdong, kalau nak ke toilet korang masuklah Uniqlo atau H& M dalam tu ada toilet. Kalau tak jumpa boleh tanya staff diorang. Biasanya musim winter kejap-kejap nak pergi toilet almaklumlah sejukkkkkkk.


Rupanya kalau pergi Myeongdong hujung minggu penuh yang amat.. kalau pergi hari biasa tak adalah penuh macam ni sangat mungkin orang Korea keluar waktu cuti kan hehe.




Masa ni baru jam 5.30pm tapi macam 9pm dah hehehe.



Belakang aku tu bangunan Uniqlo... kalau aku sejuk terus masuk Uniqlo sebab dia pasang heater hahaha.


Mian Unni.. hahaha tak sengaje nak bergambar dengan awak.


Dalam jam 6pm, kitaorang pulang semula ke Guesthouse sebab masing-masing nampak dah penat. 


Direction to Hongik Station :

Myeondong station ( Seoul subway Line 4 ) Exit 5 @ 6 @ 7 @ 8  - 
Euljiro II-ga Station (Seoul Subway Line 2 ) Exit 5 - Hongik station Exit 1
(1250 won = Rm5.00 )




Inilah suasana underground, meriah dengan kedai-kedai jualan juga. Adakalanya dekat bawah ni harga lagi murah tapi kena tengok-tengoklah dulu yer.


Adik iparku beli perisa coklat. Keras gila " bola" ni tapi dia akan suruh kita ketuk dengan tukulnya sekali sahaja. Lepas tu kami cuba makan mak aiii sedapnyaaa.. Benda ni pernah keluar dalam Running man.


Dalam train perjalanan ke guesthouse.


Underground train... kalau penat boleh je duduk dulu sebab banyak jugak disediakan kerusi untuk berehat sekejap sebab underground kat Korea ni boleh tahan jauh sikitlah.


Yeayyy tengah tunggu teksi untuk balik Guesthouse.


Suasana pada waktu malam. Ramai couple bercium, mabuk dan sebagainya hahaha. 



Ini papan tanda train Line 2


Keluar dari Exit 1, terus tahan untuk balik Guesthouse. Memandangkan 1 teksi ada 3 orang baik naik teksi terus dihantar ke depan guesthouse (3500 won = Rm14.00)

Sampai rumah mandi, makan terus ZzzzZZZzzzzz.




Bajet yang dibayar dari Malaysia :

-Tiada-

 Bajet Hari Ketiga  :

Bus ke Hongik Univ station = 1100 won (Rm4.40)

Train ke Myeondong = 1250 won (Rm5.00)

Train ke Hongik Univ station = 1250 won (Rm5.00)

Teksi ke Guesthouse = 3500 won (RM14.00 /4 = Rm3.50)

Total : 7100 won = RM17.90 untuk 1 orang 

* Rate matawang mengikut tukaran sebelum ke Korea.


0 Orang Sayangkan Cik Nurul:

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in