Khamis, 24 Mei 2018

KRABI TRIP - DAY 1

Assalamualaikum,

Jom layan cerita Krabi Trip pada 19 - 21 Januari 2018 !! Siapa kata kalau nak fly ke oversea kena duit berkepuk-kepuk puluh ribu??? Aku dah buktikan pun hahaha.

Kali ni office trip undian menang ke Krabi. Terima dengan redha sebab tak penah jejak hahaha. Alhamdulillah trip ni budget Rm700 lebih kurang. Thanks you Duna walaupun tak dapat join tapi dialah uruskan segala-galanya.


10 pagi berkumpul di office dan bergerak secara berkumpulan. Kongsi kereta gitu nak jimat. Kami parking di station Salak Tinggi. Sehari RM8.00 so kongsilah sebuah kereta. Dari station salak tinggi ke Klia 2 naik ERL tiket Rm4.90 kalau tak silap ingat-ingat lupa dah. Korang kena ingat ERL akan masuk KLIA Airport dulu barulah KLIA 2. 


Alhamdulillah pertama kali travel aku yang kena uruskan bahagian check in semua, almaklumlah sebelum ni boyfriend i yang setlekan kuikuikui.


Masa ni gembira yang amat nak terbang walaupun dalam hati aku tu hanya Allah aje tau debarannya. Gayatkan itu pasal jadi macam tu. Travel nak jugak tapi gayat tetap ada. Nasib ada Ayu dialah tempat aku berpeluk hahaha.


Muka ceria sebelum berlepas jam 5.05pm... flight pergi kurang best sebab ada gegaran jugak siap terdiam kejap dalam flight terutama sorang tu sampai minta gula-gula dengan orang sebelah sebab pening kepala hahahahaha. Perjalanan 45 minit aje pun.



Inilah hasil tempahan Duna, ambik ko VVVIP van dia tempahkan (krabitoptour) untuk kami semua. luar van nampak biasa je tapi dalam macam kasino woiiii. Van ni kami tempah untuk pickup dari airport ke hotel dan dari hotel ke airport time balik nanti. Harga RM150.00 pergi balik kebetulan masa kami booking ni ada promosi.



Sampai Hotel Riverside di Krabi town jam 7.30pm, check in dan setle apa yang patut terus keluar cari makan. Perut dah menari dangdut masa ni. Aku order nasi goreng Tomyam dan teh o ais...


Setle makan, naik tut tut ke Aonang kena 400 bath, perjalanan dalam 30 minit jugaklah. Dapatlah kitaorang cuci mata dengan keadaan sekeliling dan ambik angin malam di Krabi.





Hampir 2 jam dok merayap di bandar Aonang ni. nasib imanku kuat tak shopping apa-apa pun kat sini sebab dah tau harga dia agak mahal sikit. Tapi kalau korang nak murah beli dekat area masjid Aonang. 


Termakbul jugak nak makan pulut mangga, akhiranya satu tut tut makan sekali..masa tu sambut birthday bos hahaha.


Kasut biru tu sebenarnya kasut snookeling tapi tibai ajelah, last-last sakit tapak kaki hahahaha.


Nutella pancake pun kami makan hampir dikatakan setiap malam hahaha..


Masa ni misi mencari Sumi kes anak dia dah melalak tapi maknya sibuk shopping kuikuikui...


Sejak join department baru ni, 1st time dapat bercuti bersama-sama, masing-masing semua kepala masuk air itu yang layan ajelah.

Memandangkan anak sumi dah mengamuk so kami naik balik tut tut yang bawa kami tadi untuk balik ke hotel. kena rehat betul-betul malam ni sebab esok aktiviti pulau dari pagi sampai petang.

Video Krabi Trip :




Oklah jari dah kejung...bye...



0 Orang Sayangkan Cik Nurul:

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in