Isnin, 20 Jun 2016

PHUKET TRIP ( PART 1)

Assalamualaikum,

Kali ni travel dalam sejarah tak banyak gambar kerana tengah gian buat video kaedahnyaaa hehehe.

Sebenarnya Sawadikap trip ni tak dirancang, Yang dirancang tu nak pergi Negara lain tapi Allah belum mengizinkan. Kebetulan masa family pergi umrah bulan Mac baru ni Airasia email promosi untuk member so saje ajelah gatal click sana sini last-last dapat harga murah bak hang.. Whatsapp papa minta izin untuk cuti En Fendi.. Alhamdulillah diluluskan. So proses membooking berjalan dengan gembiranya.

12 Mei 2016-

Sebelah pagi aku kerja dulu tapi hati meronta-ronta tak sabar nak bercuti hehehe. Aku saje je tak ambik cuti awal sebab nak ambik cuti tambahan bila balik holiday almaklumlah wajib penat giler kan..

3pm Dari Ampang ke KL Sentral guna GRABCAR je baru RM19.00. Mamat cina GRABCAR ni lah bagitahu Raya Island cantik dari island lain.

4pm Sampai Kl Sentral terus beli tiket bus untuk ke KLIA 2. Tambang bas ke KLIA 2 RM11.00 seorang. Perjalanan dalam satu jam untuk sampai ke KLIA 2. Aku macam biasalah ZzzzZZZzzzz dalam bus hehehe.

Memandangkan kami tak sempat lunch di rumah sebelum keluar tadi, terus order makanan di restoran Popeye dalam KLIA 2 tu. 2 orang makan kena Rm22.00.

Dekat Airport kalau Nampak kereta Buggy tu korang tahan aje dan yang bawa kereta buggy tu akan tanya korang nak kemana. Senang tak payah berpenat lelah nak menapak hehehe. Aku pantang Nampak kereta buggy ni comfirm tahan hehehe.




8.40pm flight berlepas ke Phuket.. Ya Allah kejutnya perut aku time flight berlepas. Almaklumlah gayat walaupun setiap tahun aku travel tapi kegayatan tu tak dapat diatasi lagi.. Perjalanan ke Phuket satu jam 25 minit. Kad departure untuk masuk Thailand, staff Airasia akan bagi dalam perjalanan so korang isi siap-siap sebab nanti beratur agak lama untuk tunggu turn lepas kastam Thailand.

9.40pm Alhamdullilah perjalanan ambik masa selama sejam aje. Pilot pun hensem kuikuikui... Dalam flight tadi aku buat permintaan kat staff AA nak minta pilot sign di Buku Trip Phuket aku, keluar aje dari perut kapal terbang rupanya pilot memang tengah tunggu kami. Siap bergambar tu tak tahan hehehe. Tq Capten Navinder Singh Magreh dan Hafiz Yazid !!!!

Yang paling aku terkejut imigresen Phuket sempoi yang amat time nak check bag masa kita nak keluar dari airport. Siap tunjuk isyarat kat aku tak perlu scan kot hehehe.

Keluar aje dari Imigresen tadi, korang akan Nampak banyak kaunter teksi dan van. Korang boleh pilih kaunter yang mana-mana pun sebab harga mereka sama je. Macam aku sebab 4 orang kitaorang ambik teksi aje 800bath ( RM80.00 ) tapi kalau korang kurang dari 4 orang baik naik van hanya 1800bath ( Rm18.00 ) seorang tapi ko kena sabar sikitlah sebab diaorang tunggu van penuh baru jalan.

Perjalanan dari airport Phuket ke Hotel area Patong 45 minit. Sempatlah aku tidur kejap hahaha. Nanti pemandu teksi akan berhenti dekat office travel mereka sebab diaorang nak promote pakej-pakej Island. Macam aku kitaorang tolak dengan baik, alasannya dah book dekat hotel hehehe.Kalau ambik pakej dekat sini comfirm cekik darah oooiii.

Waktu Thailand dengan Malaysia cepat 1 jam yer.

11pm Sampailah kami di Tiger Hotel bersebelah dengan Jungceylon Mall. Terus check in, tapi masa ni agak panic sebab En Fendi dan Dilla bagi passport mereka untuk check in tapi kata pihak hotel nama booking tak sama huhuhu.. Tetiba aku terus hulur je passport aku terus cakap ok hahahaha. Lupalah plok semua bilik aku yang booking hehehe.


Letak barang terus keluar cari pakej untuk Island Hopping esok hari. Kitaorang ambik pakej betul-betul depan pintu masuk Tiger Hotel. Kitaorang pilih ke Raya Island memandangkan Pulau ini tak ramai yang pergi lagi daripada pulau-pulau yang lain comfirm penuh sesak. Owner pakej Island tu bukak harga 2500bath (Rm250.00) tapi aku deal kaw-kaw untuk
4 orang dapatlah 1500bath (Rm150.00). Harga ni termasuk transport pergi balik dari hotel, snokerling, lunch, speed boat dan kelengkapan snokerling. Korang kena pastikan jangan ambik pergi ke island menggunakan ferry tau comfirm lambat giler sampai.


Setle book Island trip untuk esok hari terus jalan kaki ke Bangla road dan Patong Beach. Sini malam-malam memang meriah dengan tarian tiang mengeletissss menarik perhatian pengunjung untuk minum di restoran mereka. Mat salleh kat sini akan cari minat Phuket yang cun-cun untuk teman kan diorang selama di Phuket. Aku siap tengok dan dengar diaorang deal harga untuk berapa malam hahaha. haru betul lah...


Malam pertama ni kitaorang makan di kedai Arab sebab tak jumpa lagi kedai halal selain kedai arab ni. Aku makan Nasi Goreng Ketam + Air Coke kena 2200bath ( Rm22.00 )

Tukar duit Bath di Phuket lagi murah dari Malaysia. Dekat Phuket ada CIMB niaga so korang just aktifkan kad atm CIMB korang untuk international.

Perjalanan balik ke hotel singgah 7Eleven untuk beli ubat gigi, shampoo serta air tin pepsi 200bath ( Rm2.00). Ubat gigi Darlie kecik sini 190bath (Rm1.90) dan shampoo Clear 200bath ( Rm2.00 ) terkejut jugak aku murah sangat 2 barang tu rupanya kata
En Fendi kilang shampoo dan ubat gigi tu di Thailand..

12.30pm terus balik ke hotel sebab esok jam 8am pihak travel island hopping akan jemput di hotel hehehe...

ZZZZzzzzZZZzzzz



Bajet yang dibayar dari Malaysia :

Hotel 4D3N + Flight Return = RM450.00


Grab Car = Rm19.00/4 = Rm4.75

Airasia Bus = Rm11.00

Lunch di Popeye = Rm22.00 / 2 = Rm11.00


 Bajet Hari Pertama  :

Teksi Airport ke Tiger Hotel = 800bath /4  (RM20.00)

Raya Island Pakej = 1500bath (Rm150.00)

Makan malam di restoran Arab = 220bath (RM22.00)

Ubat Gigi Darlie = 190bath (RM1.90 )

Shampoo Clear = 200bath ( Rm2.00)


Total : 2300bath = RM222.65 untuk 1 orang ( tidak termasuk hotel + flight )

* Rate matawang mengikut tukaran sebelum ke Phuket.




LOVE VIVY CIKNURULPINKY



0 Orang Sayangkan Cik Nurul:

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in