Isnin, 31 Oktober 2011

TUTORIAL SOLEKAN GYARU

Assalamualaikum semua,

Siapa nak solekan mata seperti ini?? hehehe. Ramai kot yang email bertanyakan solekan mata gaya GYARU ni.. InshaAllah dalam minggu ini CNP cuma luangkan masa untuk buatkan tutorial ini khas untuk korang semua. Yang penting barang-barang yang diperlukan mesti lengkap ok barulah hasilnya super cantik hehehe. Satu je pesanan saya, sekali buat bukan bermakna terus jadi sebab ramai yang putus asa bila sekali buat tapi hasilnya tidak menjadi. Saya sendiri mengambil masa 2 tahun untuk memahirkan diri malah sentiasa belajar dan terus belajar.


Tunggu tutorial makeup seperti ini daripada saya yer..siapa nak sila angkat keyboard hahahaha. Bye semuaaaa.

Jumaat, 28 Oktober 2011

LIKE FANPAGES INIDIARINURUL.COM

Assalamualaikum semua,

Bersua kembali kita hehehe. Maafkan saya ye sebab minggu ini memang tiada tutorial ataupun update cerita yang best sebab kurang sihat dan asyik rasa penat aje kebelakangan ini. Itulah blog dah upgrade tapi mood pulak ke laut hahaha.Macam-macam ragam CNP ni kan.

Wokeylah siapa yang order barang dan dah buat pembayaran, sila semak email anda kembali sebab saya ada emailkan sesuatu untuk makluman anda.




Kebersihan muka dan diri saya titipkan sejak di Tingkatan 4, sebab masa tu kan dah ala-ala remaja so pandai-pandailah tengok majalah untuk melaram hahahaha.Saya dalam proses menurunkan berat badan setelah naik 10 kg semenjak makan pil hormon,sekarang saya perlu usaha kuat untuk berjaya.



Oh ye rakan-rakan ku yang dikasihi, CNP telah mewujudkan fanpage inidiarinurul untuk memudahkan korang mengetahui apa yang nurul update dan segala benda akan nurul kongsikan disini. Hope korang LIKE di fanpage inidiarinurul ni yer.

InsyaAllah minggu depan ada tutorial baru khas untuk anda semua. Love youuuuuuu.

Khamis, 27 Oktober 2011

NACTURACTOR RAHSIA CNP

Salam semua..


Ermmm nak bagitahu satu perkara ni hehehe.. Siapa yang nak order nacturactor boleh email pada saya selewat-lewatnya hari Jumaat ye untuk pengeposan hari sabtu or isnin. Stok sangat-sangat terhad, mungkin ramai yang baru tahu kebaikan dan hasil Naturactor ni kot hehehhe..Saya mengenali Nacturactor ni pun dari mak/pak andam, sebab diaorang cakap produk ni sangat best hehe. So saya cuba memang menakjubkan.

Perbezaan :



Muka yang banyak cela dan sebelum memakai Nacturactor.



Wajah selepas memakai concealer dan nacturactor. Gebu bukan? malah cela pun hilang hehehehe.
Yang email terus pada saya, segala pertanyaan anda dijawab masa itu juga. Sebab itulah saya syorkan pada anda semua supaya berinteraksi dengan saya melalui email hehehe. Jangan risau saya akan melayan anda sebaik mungkin. Yang dah buat pembayaran sila email pada CNP butiran trandsfer tersebut erk. Terima kasih kerana sudi singgah blog yang tak seberapa ni. InshaAllah minggu depan ada tutorial baru ok.

Pada sesiapa nak order concealer pensel untuk sorok bulu kening tanpa mencukurnya boleh email pada saya ok. Harganya RM15.00 sebatang.

Sesiapa nak mintak saya belikan produk Etude House pun saya boleh tolong belikan bagi pihak anda janji korang jaga kecantikkan diri ok hehehe.

Apa-apa just email me di cnp_ciknurulpinky@yahoo.com wokey.

Love you alll Y_____Y



Inilah wajah CNP sekarang tanpa makeup, just Nacturactor, toner dan pelembab bila time malas menjelma hahahahahha.

Selasa, 18 Oktober 2011

BARANG MAKEUP BASIC - WAJIB ADA

Assalamualaikum,

Banyak benda yang Cik Nurul Pinky @ CNP nak kongsikan dengan korang, ialah ilmu yang ada, baiklah dikongsikan dengan anda semua supaya banyak lagi ilmu yang CNP akan dapat dimasa akan datang aminnn.

Kelmarin malam, saje je nak try makeup muka adik CNP, muka budak sekolah mesti banyak cela kan. So CNP ambik kesempatan untuk makeup dan facial mukanya sekali hehehe.Dekat rumah i dah beli mesin stim muka youuu ;)

Oklah, kali ni CNP nak bagitahu apa barang yang perlu ada untuk makeup basic. Barang-barang ni memang wajib kena ada, tapi kalau dah pro bolehlah tambahkan alat-alat solek yang lebih power dan umpppp hehe.



Muka adik Nurul jenis berminyak dan banyak cela tapi dia mahukan makeup jenis natural je.


Selepas makeover mukanya selama sejam inilah hasilnya hehe . Nasib baik dia suka kalau tak, mahu dia suruh makeup balik hehehehe.



Wet Tisu - Digunakan sebelum makeup untuk membuang sisa makeup, menutup pori-pori kulit muka dan menyegarkan kulit muka supaya makeup tahan lama. Nak guna ais batu pun tak pe sebelum makeup.


Moistfull / FaceMist - Digunakan sebelum dan selepas makeup untuk mendapat makeup yang tahan lama dan cantik. Brand Kiss beauty RM20.00



Pelembab - Digunakan sebelum makeup. Kulit jenis berminyak hanya sapu sedikit sahaja manakala kulit kering sila sapu lebih sikit. Harga CNP jual ialah RM 18.00


Concealer - Untuk menutupi cela-cela seperti bekas jerawat, parut, eyebag dan dll. Benda ni memang sangat best digunakan. Harga yang CNP jual ialah RM15.00 sahaja.





Naturactor - Color hijau dan putih dikhaskan untuk menutupi segala masalah kulit muka. Memang best tau, menampakkan kulit muka kita gebu youuu. Warna lain tu untuk krim muka, ianya tidak berminyak dan sangat sesuai untuk jenis kulit muka berminyak dan kering. Harga yang CNP jual ialah RM35.00 KECUALI Kod 171, 161 dan 181 RM40.00 





Liquid Foundation - Menampakkan muka kita licin dan smooth je hehe. Harga RM18.00




Compact powder - Kulit nampak mulus dan licin. Harga RM18.00





Compact powder - Kulit nampak mulus dan licin. Harga RM18.00




Loose powder - Menampakkan muka glow. Harga yang CNP jual ialah
RM 18.00

 



Celak Kening - Untuk membentukkan kening supaya nampak cantik dan teratur. Harga RM5.00

 



Concealer Stick - Digunakan untuk menyorok lebihan kening yang terabur. Dapat mengelakkan dari kening dicukur dan selamat dari dilaknati Allah.
HargaRM18.00

Stay-Dont-Stray-Duo

 Eye Primer - Sapu di kelopak mata untuk mandapat efek eyeshadow yang cantik dan terang dan tahan lama. Harga CNP jual ialah RM20.00




Pallete eyeshadow 110 color - Dipakai di kelopak mata untuk menaikkan seri mata hehehe. Orang timur tengah suka pakai brand Miss Rose ni. Harga CNP jual ialah RM40.00




Kajal - Celak mata yang sangat super best..Orang arab kebanyakkannya pakai celak ini. Harga CNP jual ialah RM15.00



Shadding - Untuk menampakkan tulang rahang pipi supaya nampak muka tirus.
Shadding Mac =  Harga RM18.00
Shadding Silvanna = RM25.00

 



Blusher - Dipakai untuk menampakkan rahang pipi dan menaikan seri kecomelan pipi. 
Harga  RM15.00




Blusher 3in 1 - Harga CNP jual ialah RM18.00




Glue - Sangat suka gam jenis ni sebab cecairnya color natural, so bila pakai di mata tiada kesan gam yang tinggal. Harga CNP jual ialah RM15.00




Bulu Mata Palsu - Untuk nampak mata kelihatan lagi cantik.Harga CNP jual ialah RM15.00


Mascara - Dipakai untuk memanjangkan bulu mata kita.
Mascara Harga RM15.00




 Lipstik Pallete - 26 color lipstik, color yang so sweet dan boleh pilih mana suka je setiap hari hehehe. Harga CNP jual ialah RM30.00



Lipstik Pallete Iphone - Ada 20 jenis color dengan 4 pilihan color yang menawan.
Harga CNP jual ialah RM18.00


Lipgloss - Untuk menampakkan bibir kita sentiasa gebu dan cantik. Harga CNP jual ialah RM15.00




Set brush - Nak makeup mesti wajib ada benda ni tau hehehe.

5 BATANG RM20.00
24 BATANG RM80.00
32 BATANG RM120.00

Tutorial CNP buat kemudian yer, inshaAllah CNP akan buat satu per satu untuk mudahkan korang faham dan senang dipelajari hehehe. So kalau korang nak tanya tentang apa sahaj just email me di cnp_ciknurulpinky@yahoo.com ok.

Khamis, 13 Oktober 2011

POTRET HARI RAYA 2011

Assalamualaikum,

Maaf belum sempat lagi nak update pasal tutorial makeup, entah kenapa malam ini sangat-sangat malas sekali untuk bermain color eyeshadow. huhuhu mood silalah kemari kedalam tubuhku tingg..ting....

Korang belum tengok lagikan gambar raya family CNP untuk tahun ini kan? Oh ye lupa nak bagitahu kebetulan tahun ini,  semua anak,menantu,cucu dan cicit pulang ke kampung di Terengganu termasuk adik CNP yang menetap di Rusia tu.. Memang riuh sangat-sangat rumah nenek..rindunya dengan kemeriahan tersebut. Nasib baik memang turn CNP dibelah Terengganu untuk raya tahun ini alhamdulillah..

Okaylah CNP upload beberapa keping je dulu yer hehehehe..Tahun ini tema kami ialah biru Turqoise.



Tahun ni barulah lengkap kami adik beradik bergambar bersama, selepas 4 tahun berpisah time hari raya ;)

Sakan betul masa ni bergambar di tepi sawah...


Inilah adik-beradik belah papa, tahun ini jugak semua berkumpul di rumah atuk di Terengganu..memang meriah beb !! HAHAHAHA..

Rabu, 12 Oktober 2011

BRAND MAKEUP PILIHAN

Makeup adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan kaum wanitakan..terutama macam saya, memang langsung tak boleh berenggang dengan box makeup. Hilang makeup box tu mahu haru biru jugaklah jawabnya hehehe. Saya jenis suka tengok wanita cantik dan cute, terpulanglah sama ada bersama suami atau keluarga. Setiap kali keluar dating, mesti ada seketul barang makeup akan CNP beli hehehe..perempuan..perempuan..biasalah tuuuu.

Oklah kali ni nak review beberapa jenis JENAMA makeup yang baru CNP cuba.. dan hasilnya memang setanding makeup berjenama lain tau.

Korang pernah dengar tak jenama MISS ROSE dan ROMANTIC ?? CNP pasti ramai yang agak janggal dengan nama ni kan?? cuba korang google dekat internet pasti berlambak yang korang akan jumpa tentang kedua-dua jenama yang saya sebutkan tadi. CNP mengenali makeup-makeup tersebut, dari  Kak Erna yang selalu mengatakan makeup tersebut sangat cantik bila dipakai. Selepas mendengar pujiannya, terus CNP jatuh cinta dan sanggup mencari untuk dijadikan koleksi sendiri. Kak Erna sekarang pun dan pandai makeup-makeup ni tau, 1 hari kalau tak cerita pasal makeup memang tak sah hehehe tapi CNP seronoklah sebab dah ada teman untuk bercerita tentang makeup ni. Kalau tak dulu asyik bercerita dengan mama ajelah :)

Kalau korang nak order makeup-makeup ini, boleh email  kat CNP atau tinggalkan komen diruangan ini yer. Hanya makeup yang CNP rasa sangat best sahaja akan di review, kerana kulit muka CNP sangat-sangatlah sensitif ok hehehe. Oh ye kalau sesiapa di sekitar Selayang dan Keramat boleh by hand je hehe.

Makeup MISS ROSE dan ROMANTIC sangat-sangatlah smooth, tidak terlalu shiny malah sangat sesuai dengan jenis kulit berminya, iyelah orang jenis kulit berminyak memang bermasalah sikit bila memakai eyeshadowkan sebab dia akan melekat di bahagian atas kelopak mata, tapi kini tidak lagi dengan hadirnya 2 jenama makeup ini hehehe. Tak silap CNP makeup-makeup jenama ini, orang timur tengah selalu memakainya. Lagipun jenama ini memang tengah naik sekarang.

Tutorial inshaAllah lepas ini yer sebab sekarang buzy sikitlah, kalau korang nak request tutorial apa just email me di cnp_ciknurulpinky@yahoo.com


BRAND ROMANTIC


Close up sikit color makeup Romantic..so sweetkan..


Inilah bahagian luar makeup Romantic..macam dompet pun adakan hehehe.



Yang ini memang senang nak guna dan blend, sebab dah disediakan campuran color yang sesuai, so tak perlu susah-susahkan diri pergi cari mana satu color yang perlu disuai padan..Kalau color yang agak terang benderang tu, silalah pakai untuk waktu malam ye, hanya warna lembut-lembut sahaja dipakai pada waktu siang tapi terpulanglah pada korang semua. Yang ini berharga RM50.00 sahaja.


BRAND MISS ROSE


Pandangan luar Miss Rose, comelkan..tak sangka ianya sebuah alat makeup.



Close up sikit colornya...yang ini pun memang sweet je pakai..tak der berkilat sangat so nice bila pakai pergi office dan jalan-jalan. Yang ini berharga RM38.00 sahaja..

Berminat just email saya di cnp_ciknurulpinky@yahoo.com

Korang kalau ada nak request apa-apa tutorial, bagitahulah CNP ye dibahagian komen atau e-mail. InshaAllah akan CNP tunaikan.

Isnin, 10 Oktober 2011

INIDIARINURUL.COM BERWAJAH BARU

Assalamualaikum,


Wahhhh dah 5 bulan blog ini di private...sori yer bukan sengaje pun, ini disebabkan renovation untuk diberi nafas baru sikit hehe..Mulanya ingat nak buat sendiri tapi last minit ada kerja yang tak dapat dielakkan + malas so terbengkalai sehinggalah terjumpa WHITEYMOMMY .


Design dia memang lain dari setiap blog yang telah dihasilkan..memang umphhh lah ideanya..Blog artis pun mintak sentuhan ajaib darinya tau..Harga yang ditawarkan sangat-sangatlah berpatutan cuma dia TAK AMBIK RUSH ORDER...kena ikut turn ok.So apa tunggu lagi, cepat-cepatlah terjah ke blognya yer...


Lepas ni memang semangat memanjanglah untuk update blog hehehe, ialah blog dah berwajah baru dengan design yang memang menjadi idaman hati ini yahooooooo !


Whitey Mommy, terima kasih banyak-banyak sebab hasilkan design blog yang sangat cantik + cute untuk nurul yer..

Ahad, 9 Oktober 2011

HUBUNGI CIK NURUL PINKY

Assalamualaikum kepada pembaca blog CNP...

Sekiranya ada pertanyaan bolehlah hubungi CNP di E-mail :

cnp_ciknurulpinky@yahoo.com
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in