Isnin, 21 Disember 2015

KE KOREA KITA ( DAY 6 ) EVERLAND

Assalamualaikum,

Jam 9.30am keluar Guesthouse dengan bekal nasi goreng yang disediakan oleh mama mertua untuk makan di Everland. Papa, mama dan mama mertua hari ni hanya berehat diguesthouse dan jalan-jalan sekitar kawasan tempat tinggal aje.




Dari guesthouse naik bas ke Honggik station 1100 won ( Rm4.40 )

Topup T-money 5000 won ( Rm20.00 ) takut tak cukup, memandangkan perjalanan ke Everland mengambil masa 2 jam untuk sampai sana.

Kos T-money pergi Everland 6600 won ( Rm26.40 ) menaiki train.



Direction to Everland :

Honggik Univ Line 2 - Dangsan Line 9 - Yangjae - Jeongja Line Bundang - Giheung Line Everline - Jeondae Everline ( 3350 won = Rm13.40 )



Sementara menunggu train hehehe. Perjalanan hampir 2 jam kot hahahaha.


Dalam 25 station kot stop sebelum sampai Everland.


Ahjumma ni tengah tunggu kawan dia sampai, masa ni aku duduk sebelah dia sebab tempat duduk yang lain dah penuh semasa tunggu train sampai. Dia tanya aku dari mana ? aku pun mulalah cakap hangul denganya. Terus dia terperanjat dan cakap jom ambik gambar hahaha. Cute giler kan ahjumma ni...

Sampai Everland dalam jam 12pm, elok turun train, shuttle bus Everland sedang menunggu. Fuhhh tak adalah nak kena menunggu lama kan.

Aku memang saje plan ke Everland hari Isnin sebab kalau hujung minggu ramai giler termasuk korean sekali cuti hujung minggu kan.



Sampai depan pintu masuk Everland macam tak percaya aje kitaorang dah sampai Everland hahahaha. Memandangkan kitaorang ada kupon diskaun Everland so dapat 
34000 won ( Rm136.00 ) sahaja seorang. Untung pergi Korea Tourism.


Segala maklumat dia akan tampal di tempat pembelian tiket masuk tadi.


Tiket masuk ni kena selalu simpan sebab ada setengah game diaorang minta tunjuk kan tiket baru dapat main. Kalau tiket korang hilang, boleh pergi ke kaunter untuk tebus 1 tiket percuma hanya untuk sekali tebusan sahaja.



Masuk Everland teruja kalah budak-budak hahahahahaha. Di Everland lagi sejuk sebab dikelilingi bukit bukau dan bercakap pun keluar asap.



Tema Everland masa kitaorang datang ni Krismas.



Next time kitaorang nak masuk K-pop hologram ni sebab pergi kali ni tak sempat masuk.




Pergi Everland wajib bergambar dengan pokok ajaib ni. Siapa tengok Running man mesti selalu tengok kan pokok ni hehehehe. 








Korea memang banyak patung Line ni dengan KakaoTalk.

Masuk Everland terus naik cable car yang tertutup dulu untuk turun ke bawah, memandangkan dila dan nazurah nak rasmikan roller coster sebagai game pembukaan. 



Happy giler sebab tak ada orang hahaha teruja kot. Nasib kitaorang berempat aje dalam cable car ni sebab masing-masing riuh giler teruja lebih hahahaha.



Setle diaorang main roller coster, kitaorang terjah semua game yang ada di Everland bahagian bawah dulu sebab dekat situ yang ada pelbagai game termasuk tergok haiwan dan beruang. Ya Allah best giler masa dapat tengok harimau putih, beruang dan lain-lain depan mata.  Dah habis semua game dibawah barulah kitaorang naik ke atas dengan cable car terbuka kaki terjuntai ke bawah.



Pemandangan kawasan Roller Coster..  


Pintu masuk Rolloer coster


Sementara tunggu dilla dan nazurah main Roller Coster. Akuu ?? bagi sejuta pun tak snaggup naikkk. Selfie sekeping dua hahaha.


Lapar wei tengah-tengah sejuk ni hehehehe.


Bungkus dalam plastik macam ni aje sebab semua terlupa bawa tupperware masing-masing hahaha. Dalam Everland tak ada makanan halal, hanya Burger udang sahaja yang boleh dimakan tapi jangan risau dekat Everland makanan luar boleh bawa masuk so kami makan nasi goreng bekalan dari guesthouselah hehehe.


Menikmati bekal nasi goreng yang mama sediakan untuk makan disini. Alhamdulillah kenyang hehe.


Nampak tak Roller coster yang tinggi tu??? terpanjang di Asia ok dan semuanya diperbuat dari kayu hahahaha. Nazurah sempat tinggal wasiat kalau apa-apa berlaku kat dia masa main gami ni hahahaha.


Happy semuaaaa... Gambar ni wajib frame hehehe.




Ramai rakyat Malaysia masa ini dan kami bertegur sapa antara satu sama lain. Jangan jadi sombong di luar Negara nanti ada apa-apa mereka juga tempat kita rujuk kan.






Setlekan game kat bawah didulu baru naik cable car jenis open tu naik ke atas.





Serius memang best giler game-game dekat sini. Wajib masuk semua tau.


Safari world ni korang akan naik bus 2 alam iaitu didarat dan air hehehe.




Naik benda ni buat aku geram aje sebab habis kasut dan seluar aku basah hahaha tapi seronok sangat-sangat.







Surau ada kat bahagian bawah ni jugak, area misteri game tak silap. Pintu color hijau tu... Surau tu area bawah yer. Sebelum naik cable car terbuka tu areanya.



Ok beratur untuk naik cable car jenis open tu. Habis semua game dekat bahagian bawah barulah puas hati nak main game yang ada bahagian atas punya.




Aku dan En Fendi satu cable car dan dila nazurah satu cable car, cuma diaorang depan cable car aku je. 


Perghhh boleh pandang belakang lagi tu.. kalau aku meman tak pandang belakang dah gayat kot.


Masa ni cable car berhenti sekejat dalam 1 minit hahahaha. Cuak En Fendi...


Yang tak tahan bila angin lalu kat muka rasa kebasss kejap.






Time ni aku tak adalah plak rasa gayat... syok giler adalah hahaha tapi terbalik En Fendi pulak gayat lebih hehehe. 


Game ni mula-mula dila nak naik tapi last-last cancel hahahaha.




Kesian budak kecik ni lapar hahaha. Beli wafle 3000 won = Rm20.00 kusss semangat...


Dalam Everland ni memang banyak game-game best, tapi bagi akulah untuk budak kecik tak banyak sangat dia lebih terarah untuk dewasa punyalah.






Hello mama, masak apa hari ni???? hahahahaha 



Kau call siapa hah ???


Siapa nak turun kebawah jalan kaki pun boleh kalau tak nak naik cable car.. Ikut aje jalan turun bukit belakang aku ni.


Dalam khemah tu tempah kegemaran aku kalau nak panaskan badan hahahaha. Warm kot duk dalam tu sebab dia pasang heater.



Berehat sebentar betulkan urat kaki, bak kata nazurah " adik rasa tapak kaki adik macam dah patah je " hahahahahahaha.




Sini jam 5.30pm pun dah mula gelap... suhu pun bertambah sejuk dan perut pun berjoget minta makanan hahahaha. Suasana malam dalam Everland sangat-sangat cantik dilimpahi dengan cahaya lampu. InsyaAllah tahun depan kami datang lagi tapi nak datang time snow pulak. 

























Mata Nazurah ni dah tak boleh buka sebenarnya sebab dekat kelopak mata dia dah beku katanya. Patutlah aku tengok merah macam pakai eyeshadow kuikuikui.



Masuk kedai souviner lagi rambang mata, tapi hanya cuba untuk bergambar ajelah.. hehehehe





Cute giler gambar niiiiiiii !!!!!



Giler ayu mak cik Nuna ni hehehe. Yang nazurah nak tombak dila dah kenapa ???




InsyaAllah tahun hadapan ada rezeki, umur panjang kita datang lagiiiiiii. Saranghayo Everlander !!!









6 Jam di Everland bagi kitaorang tak cukup tapi kami sempat cover yang mana best-best macam dalam Running man. Next ime nak datang Everland gerak dari guesthouse paling lambat jam 8am so jam 10am pintu Everland buka terus boleh main semua game hehehe.


Bergambar dengan penjaga pintu masuk /keluar Everland hehehe.





Byeeee Everland........................ 


Jam 6pm baru keluar dari Everland. Masa ni dah macam jam 9pm waktu Malaysia. Kami beratur dalam 5 minit shuttle bus dah sampai untuk hantar ke Train. Satu pengalaman yang menarik walaupun perjalanan jauh.


Shuttle bus pergi balik Everland tempat yang sama masa pergi dan balik.

9pm kami singgah Itaewon makan kebab sebab En Fendi dah sakit kepala lewat makan dan kes dia main game macam cawan tu. Aku pun sampai nak muntah kot kes perut kosong.


Direction to Itaewon :

Giheung ( 206 ) Everline - Giheung Line Bundang - Jeongja - Yangjae Line 3 - Yaksu Line 6 - Itaewon Line 6 3350 won = Rm13.40


Aku kongsi makan nasi kebab dengan Nazurah sebab banyak so 8000 won ( Rm32.00 ) bahagi 2 hehehehe. Di kedai Mr Kebab ni internet memang laju so sempatlah WhatsApp call papa bagitahu dah sampai Itaewon. Rupanya mama masak sayur tauge masak lemak hahahaha.




Direction to Mopu-gu :

Itaewon Line 6 - Mopugu Office Line 6 
1250 won = Rm5.00



Jam 10.30pm sampai rumah turun di Mopu-gu station, singgah 7eleven beli susu pisang, kebetulan masa ni ada promosi beli 2 free 1 2200 won = Rm8.80 . Sampai guesthouse tengok mama dan mama mertua buat air kopi sambil tengok tv  hahaha. Makan nasi lagi sebab terliur sayur lemak tauge tu. Lepas mandi dan solat terus ZzzzzZZZZZ

Letih yang amat kot hahahahhaa.




Bajet yang dibayar dari Malaysia :

-Tiada-

 Bajet Hari Ketiga  :

Bus ke Hongik Univ station = 1100 won (Rm4.40)

Topup Tmoney = 5000 won (Rm20.00)

Train ke Everland  = 3350 won (RM13.40)

Everland Theme Park  = 34,000 won ( Rm136.00)

Train Everland ke Itaewon  = 3350 won ( Rm13.40 )

Nasi kebab = 8000won / 2 (Rm16.00)

Train ke Mopugu = 1250won ( Rm5.00 )

Susu Pisang = 2200 won ( Rm8.80 )


Total : 54,250 won = RM217.00 untuk 1 orang

* Rate matawang mengikut tukaran sebelum ke Korea.


1 ulasan:

  1. Salam.. Everland tu last kita boleh keluar pukul berapa?

    BalasPadam

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in