Isnin, 22 Ogos 2016

PHUKET TRIP (PART 4)

Assalamualaikum,

Hari-hari terakhir di Phuket.. Pagi tu sempat kami ke Patong Beach untuk naik Payung terjun tu tapi serius aku cakap dekat pantai ni tak secantik pantai yang Dilla naik payung terjun. (tengok entry sebelum ni)



Mula nak naik macam-macam perasaan ada.. lepas dah turun balik MasyaAllah besarnya KUASAMU YA ALLAH.










Ronda-ronda untuk kali terakhir di sekitar Patong Beach hehehe. Tak tahulah bila nak sampai sini lagi  :)


Beli Teh Air dan Green Tea Original Thailand mari hehehe. Rm2.00 je pungggg.


Beli aiskrim yang goreng atas plate sejuk beku tu... Rm10.00 sebekas tapi sedappppppp.


Shopping buat terakhir kali..


Bye bye Scooter.. Inilah Scooter yang kami guna selama 4 hari 3 malam. 
Rm20 selama 24 jam.


Selepas check in, terus claim VAT @ GST pelancong so dapatlah sikit duit kita balik hehehe.




Yang lain semua duk sakan usha macam-macam dalam Duty Free, aku je sakan selfie hahaha.. padahal sebelah aku tu ada je orang tapi ada aku kisah hahahaha. Lepas diaorang dah datang kat tempat aku ni, barulah aku pulak sakan pergi shopping dekat Duty Free.


Bye bye Phuket Thailand.... Hai hai Malaysia...


Inilah rutin setiap kali dalam penerbangan.. layan Kdrama lah jawabnya bila ada gegaran sikit-sikit mulalah panik hahahaha.


Full !!!! sesorang wajah gelap giler hahahaha.



Alhamdulillah.. terima kasih Allah beri kesempatan aku melihat Negara orang lai=gi walaupun hanya seberang tapi hati tetap bersyukur... Tamatlah percutian ke Phuket Thailand selama 4 Hari 3 Malam. Video dalam proses lagi hahaha sebab tu kali ni tak banyak gambar sebab sibuk buat video. 
Nantikan entry percutian seterusnya ya... Haiiii tak sabar niiiii. Sejuk bukan sampai isi lagi kali ni tapi sampai dalam tulang gituuuu.


Love Vivy  Nurul



Khamis, 4 Ogos 2016

PHUKET TRIP ( PART 3 )

Assalamualaikum,

Jam 10am keluar sarapan pagi di area Masjid Patong, itupun selepas bertanya di mana makanan halal ada dekat seorang mamat masa isi minyak motor..
Sempatlah juga booking airport transfer ke Airport jam 2pm nanti. Diaorang caj 800bath = RM80.00


Suasana dalam hotel Tiger Phuket.


Suasana keadaan luar Hotel Tiger.. Nampak belah kiri aku signboard color kuning tu?? dekat situlah aku ambik pakej Island tu hehehe.


Dimana-mana Harimau jinak jaga kami di Hotel ni.. hahahahahaha



Tudung yang selesa dan senang dipakai akan aku bawa setiap kali travel. Tudung ni dari @malayastation


Sarapan pagi Nasi goreng Tom Yam + teh ais = 10,00bath (RM10.00)
Roti Canai + teh hijau = 10,000bath (RM10.00)





Hawa Kitchen memang sedap dan halal.. betul-betul berdekatan Masjid Patong.




Teh ais, Green Tea dan macam-macam hanya RM2.00 SAHAJA untuk 1 cup besar. Fuhhhhh terkejut i tau..


12pm terus ke Kamala Beach. Dekat area situ minyak motor lagi murah dalam RM30 je satu botol mineral tu.. Jalan-jalan sekitar Kamala Beach tu tapi waktu tengahari macam nak terbakar kulit ni hah, walaupun berdekatan dengan pantai tapi langsung tidak berangin. 





Inilah motor yang kami sewa RM20.00 selama 24 jam tau hehehe. murah kan..


Boyfriend i ni..... 



2PM keluar dari hotel, terus melepak di Mall sebelah hotel tiger tu. Kes nak aircond so marilah manapak dalam mall hahaha teringat kat Korea, masuk Mall sebab nak dapatkan haba panas hahahaha. Dilla nampak pool terus ajak main so marilah habiskan waktu sikit disini.



Suasana area restoran dalam Mall. sementara tunggu Dilla ke toilet so kami selfie lah hehe.



Singgah pasar basah depan hotel Tiger untuk beli serbuk teh dan green tea utamanya tapi lepas tu nampak nenas kecik dan mangga terus beli jugak.


Inilah hotel Tiger area Patong..



5pm lepas solat, mandi semua terus ke Kamala Beach semula untuk tengok sunset dan dila teringin naik payung terjun tu..









Pandang mana tuuuuu..


Aku tengok ombak macam tu dah takut yang amat almaklumlam trauma kot walaupun bukan aku yang rasa sendiri tapi tengok berita pun dah ngeri Tsunami.



Jam 8pm gerak balik dan singgah Mall sebelah Hotel Tiger untuk belikan sesuatu untuk adik-adik aku. Aku macam biasa negara yang aku lawat tu wajib cari frame gambar hehehehe nanti nak letak gambar-gambar kenangan masa cuti.


Setle shopping dalam Mall, terus ronda-ronda cari tempat massage hehehe datang sini tak massage memang rugi dah lah murah.. aku dan En Fendi satu bilik siap pesan tak nak diasingkan hahaha. Lepas setle massage terus lepak makan pulut mangga, jus mangga,pancake nutella dan tomyam. 

12 pagi barulah pandai nak balik hotel hahahaha. Badan dan mata aku ni dah kejung tu yang ajak diaorang balik.




Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in