Selasa, 2 November 2010

PETUA UNTUK HILANGKAN PARUT DAN GEBUKAN KULIT MUKA

Fuuyooooo kalau bab petua kulit muka laju aje search hehehe..


Eh petua ni aku jumpa masa baca buku majalah Wanita and then aku pun mencubanya.Korang tak nampak ke kegebuan kulit muka ku ini?? hah nampak badan ku yang tembam aje ke?? aishhhh nyampah mak tau ahakkkk!


Dulu waktu zaman belajar di Sek Men, kulit muka aku ni sangat sensitif pantang duduk bertenggek lama bawah matahari siaplah naik jerawat bagai dahlah tu merah pulak macam badut aje dihidung dan pipi. Aku dah cuba produk mahal dan murah semuanya separuh jalan. Last-last ikut petua aje alhamdulillah kulit mukaku sampai sekarang masih sihat dan tidak lagi melalui episod keradangan kulit.


Selalunya hujung minggu, aku selalu ambik perahan jus lemon dan sapu diseluruh muka sehingga kering..best ko buat macam tu rasa nyaman dan tegang aje kulit mukaku hikhikhik..Sebelum ni aku pakailah 1 set penjagaan muka jenama Antarabangsa, makan ratus jugaklah harganya siap nak meleleh aje aku tengok duit yang keluar nak membayornya tapi makin teruk adalah muka ni. Sekarang aku pakai jenama murah je tak sampai RM100 pun 1 setnya..alhamdulillah barang halal memang cukup indah.


Oklah meh sini rapat-rapat tapi jangan pegang-pegang tau hahaha, Nurul nak ajar cara bagaimana wat masker limau purut untuk muka nampak gebu ;) cepat salin yer.. T__________T

1) Ambil putih telur ( putih aje kuning campak masuk kuali goreng pun sodap )


2) Potong limau purut dalam 2 biji dan perah hingga ketitisan akhir ok


3) Gaulkan sebati putih telur dengan air perahan limau purut tadi


4) Sila sapu ke atas muka anda semua, kiranya buat macam mask lah yer..sekiranya terasa pedih biarkan aje sebab itu adalah proses pengecutan bekas jerawat tersebut..selalulah amalkan yer...dah gebu bagitahu i hehehehe


byeeeeeeeee luv you ;)


 

23 ulasan:

  1. Boleh juga amalkan Paramaria Plus, Evening Primrose, atau pun pegaga yang boleh hilangkan parut dan gebukan kulit. Nak lagi best sapu je gamat kat muka tu.

    BalasPadam
  2. [...] cerita semula yer..mari sini semua meh..meh..kita kiss pipi gebu dulu hehehe..almaklumlah dah bagi petua untuk pipi gebukan! perghhh belagak sehhh [...]

    BalasPadam
  3. Hah... Boleh hilang ke jerawat?..
    Nak try lah..
    Apa pon,saya dah follow:)

    BalasPadam
  4. b'kesan kerw nk sgt2 jdy cm kulit akk .

    BalasPadam
  5. eringin nk kulit gbu...:P
    meninggalkan jeja d cni! :)

    BalasPadam
  6. awk nk tya lau limau nipis leh gak ker?

    BalasPadam
  7. awk nak tya lau guna limau purut bleh gak ker?

    BalasPadam
  8. kalau xde limau purut.........limau lain boleh ke

    BalasPadam
  9. kalau xde limau purut.......limau nipis boleh ke

    BalasPadam
  10. nak tunggu sampai berape jam ke minit ke keesokan hari nye ? ke terus rinse off lepas beberape saat pakai mask tu ? mengasheehhhhh

    BalasPadam
  11. Setiap hari ke kena buat bagi kulit gebu ni?

    BalasPadam
  12. Kalau guna limau nipis boleh tak??~kak

    BalasPadam
  13. Salam semua,

    boleh je kalau nak gunakan limau kasturi@ limau nipis tapi paling afdalnya better guna lemon sebab khasiatnya lagi banyak sikit hehehe. dan haruslah minum air sekurang2nya sehari 3 liter tau..

    BalasPadam
  14. saya nak tanya , telur biasa atau kne guna telur kampung ?

    BalasPadam
  15. Kalau guna limau nipis bole x?

    BalasPadam
  16. Perkongsian yang sangat menarik admin. Menurut kajian dan respon dari pengguna vitamin E, mereka mengatakan bekas parut jerawat serta parut luka hilang dan meninggalkan kulit yang bersih dan cantik selepas mengambil vita E secara oral dan menjadikannya sebagai masker. Ada yang mengambilnya secara konsisten, untuk 3-4 bulan, bukan sahaja parut hilang, malahan jerawat pun dah tak timbul lagi. Saya ada kongsi testimoni mereka di sini, http://bit.ly/1f7OeYq

    BalasPadam
  17. Nk gna limau purut ke lemon?

    BalasPadam
  18. @Tanpa Nama

    terpulang nak guna limau nipis atau lemon pun boleh

    BalasPadam
  19. Kalau guna lemon berapa sukatan nak digunakan?

    BalasPadam
  20. @Tanpa Nama

    sebiji atau sepruh terpulang pada anda..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diamkan brapa minit ? N amal kan brapa hari dlm sminggu ?

      Padam
  21. Tak pedih ke ltak banyak sangat limau purut 2 biji? Cam pedih je..huhu

    BalasPadam
  22. Alhamdulilah , saya dh gunakan limau kasturi , mule2 mmg cm x prcye , acamm tipuu jerk :p tp akhirnya gune jgk . Dh dilema kebuntuan mse tu . G klinik check muka . Awat x hilang parut . Check2 kena rm50 . Dy bg ubat sapu dan ubat makan . Ari2 dok sapu kt muka . Ad terniat dihati nak cuba limau. Try punye try pudar lah tang bulat tu , now jd 1per4 je lg x hilang . Blek sklh sapu2 . Tgk2 hilang . Dah hampir hilang dh ni . Bru sedar rupanya pkai limau ler pudar . Mati2 ingat pkai ubt klinik tu yang hilangkan parut .

    BalasPadam

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in