Rabu, 4 Mei 2011

HARI PERTAMA ( I ) ~ PERJALANAN KE USS MENAIKI MRRT

Kami sampai di Changi Airport tepat jam 7.15 pagi..semangat turun flight awal-awal sebab nak singgah di duty free pulak, iyelah mahu menilik harga perfume dan SK II untuk dibandingkan dari shopping complex di sekitar Singapore. Dalam jam 8.oo pagi kami keluar dari airport...


Kali ini aku mintak sekali pihak hotel sediakan pengangkutan kami dari airport ke hotel, almaklumlah takut sesat barat..dahlah lepas check in semua bagai,  nak lari ke Universal Studio Singapore (USS).


Sekitar Changi Airport..


Uncle yang ambik kitaorang pagi tu orang Malaysia juga..dia bekerja di Singapore..Uncle pesan kalau nak naik teksi mesti jam 10 pagi dan keatas barulah harga teksi tidak dinaikkan sekali ganda...untuk belah malam pula sebelum jam 7 malam,  kalau tak harganya akan naik sekali ganda wokey. Dekat sana teksi ada macam-macam jenis termasuklah BENTLEY kooo. tapi yang ni buka pintu je pun dah kena 6 Dollar HAHAHA..nak murah ambik teksi jenis Toyota lama punya, hah yang tu paling murah ;)


Dekat Singapore, dia dah siap bagi-bagikan % untuk semua kaun menghuni sesebuah kawasan perumahan. So Melayu,Cina dan India masing-masing dapat 30% manakala bangsa asing mendapat 10% sahaja. Harga untuk rumah teres di Singapore mencecah RM 5 JUTA dan apa yang membanggakan aku kebanyakkannya yang menduduki rumah teres adalah orang melayu. Untuk orang miskin pun ada juga disediakan rumah pangsa untuk mereka dengan kadar bayaran 800 Dollar sebulan huhuhu miskin tuuuuu hehehehe.



Aku saje snap gambar orang melayu pakai kereta Porsche disana hehehe..dia perasan aku ambil gambar dia terus buat peace kat aku hahahahaha.


Memandangkan kami sampai di Hotel penginapan selama kami disana tepat jam 8.30am, so belum boleh check in sebab jam 2 pm baru boleh check in. Nasib baik pihak hotel ada sediakan " luggage center " untuk orang-orang macam kami yang terawal sampai hehehe. Jangan risau mereka jamin keselamatan barang-barang kita, siap aku tinggal laptop lagi tau ;)


Santai gilalah aku kali ini, member-member pesan kalau nak pergi USS baik pakai t-shirt jenis cotton dan seluar jeans sempoi je untuk memudahkan pergerakkan disana..beg-beg kalau tak penting tak payah bawaklah sebab sewa loker dia pun cekik darah beb!! Cuaca di Singapore sangat panas wow. So siapa yang bawa anak-anak ke USS eloklah pakaikan material jenis cotton erk hehe. Memang aku saje pakai cardigan untuk memelihara kulit lenganku dari terbakor ;)


Hadapan hotel penginapan...nak tahu malam-malam dekat sini banyak ayam-ayam cun weh, tapi tak derlah sampai masuk dalam hotel ini...Malam-malam aku pun join cuci mata tengok diaorang cari pelanggan hahaha..sekali polis lalu, lintang pukang lari hahahahahaha.


Ini Toilet di stesyen Shell Geylang, tumpang buang air kejap tapi kena mintak kunci di kaunter..toilet sangat bersih + wangi sangat..Masalah utama disini ialah air memang tiada dalam toilet hanya disediakan tisu, so dalam handbeg aku sentiasa ada botol air untuk mudahkan bersuci..gila ko kalau tak cuci guna air mahu aku jalan geli-geliman kooooo.



Wokey ni di Stesen MRRT Kallang..so dari Kallang turun di Outram Park (colour hijau)  keluar train sila cari escalator dan turun 2X escalotor tersebut dan akan jumpa no 6 berwarna unggu hala ke Harbour Front (last station).. Last sekali kita akan keluar di sebuah shopping complex tau,  so korang jangan ingat tersalah tempat ke apa hehe.. masuk shopping complex tu dan terus ke tingkat 3 atas sekali untuk ambik train ke Sentosa (USS) berharga 3 dollar.

Kadar bayaran untuk ke USS menaiki Mrrt dari Kallang ke Harbour Front adalah sebanyak 2.70 dollar. Kalau kita tunjuk pasport dekat kaunter pertanyaan di stesen Mrrt, kita boleh beli tiket perjalanan no limit untuk 1 hari hanya dengan harga 8 dollar sahaja..memang sangat jimat tau.


Inilah aliran sistem MRRT di Singapore..


Dhoby Ghaut adalah pusat setempat untuk semua Mrrt..kalau di Malaysia seperti Kl Sentral lah..



Gadis Rayban



Inilah mesin tiket untuk ke Sentosa. Bayarannya 3 dollar sahaja untuk pergi balik..


Berapa tiket mahu??


Wokey tiket dah siap untuk 2 orang yahooo!!!


Dah beli tiket so kita boleh masuk untuk menunggu train seterusnya ke USS..

Kita akan turun di Waterfront Station (USS)


Penuh orang disekeliling aku tu, tapi wat bodoh aje bila nak bergambar, siap aku posing-posing lagi tau ahakkkk..


Pelabuhan mereka betul-betul sebelah dengan Sentosa..kalau di Malaysia Port Klanglah.

Pemandangan ini, aku lihat dari dalam train ke Waterfront station..cantik pemandangan Sentosa ni..bersih aje..Malaysia pun apa kurangnya hehehe yang penting Malaysia tak kedekut air kwang..kwang..kwang..


Dah sampai Sentosa dabedabeduuuuuuu...


Akhirnya kita sudah sampai ke destinasi yang menjadi impianku sejak dulu lagi..Alhamdulillah Ya Allah kerana Kau makbulkan permintaanku ini...Thanks sayang sebab sudi tunaikan permintaan by ( ",)


Muka happy tak hingat sebab tak sabar nak masuk Universal Studio Singapore!!! rasa nak menangis pun ada iyelah tak percaya yang akhirnya USS dah terpacak depan mataku huhuhu...

Next entry aku cerita pasal Universal Studio Singapore wokey!!

Sekiranya korang ada pertanyaan,  sila tanya di bahagian komen dan letak sekali email korang ok..nanti aku follow korang ;)

2 ulasan:

  1. salam.

    nk tanya kalau kita tinggal beg di hotel tu, diorang caj tak?even kalau kita dh check-out
    fragrance pearl and fragrance royal lain kan?
    tandas di USS pun takde air jugak ke?
    --wani-- jc_wani@yahoo.com

    BalasPadam
  2. wah best nya , tapi betulker tiket untuk masuk ke USS kena tempah dulu, tak boleh beli terus dari kaunter , boleh bg tahu pengalaman cik pink ..

    donmambau@yahoo.com

    BalasPadam

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in