Khamis, 1 Disember 2011

TUTORIAL GYARU MUSLIMAH

Selamat pagi semua sahabatku,

Seperti yang dijanjikan semalam, hari ini bersiap sedialah anda dengan tutorial Gyaru Muslimah hehehe. Cuba, cuba dan terus mencuba ok. Jangan mudah putus asa tau. Setiap kejayaan pasti ada kegagalan so berusahalah anda !!



Inilah hasilnya selepas  Sejam mengadap cermin dan kamera hehehe.. Nak tahu cara-cara makeup seperti ini, sila ikut arahan tutorial dibawah ini secara pelan-pelan ye..

Selamat Mencuba,




1. Cuci muka sebersihnya, spraykan FACEMIST ke muka untuk mendapat kesegaran kulit wajah dan membuatkan makeup tahan lama.

2. Sapukan Naturactor color hijau di kawasan ada cela/ parut sahaja secara dap-dap.

3. Sapukan Naturactor ( ikut kod warna bersesuai dengan kulit muka kita ) di keseluruhan muka secara dap-dap juga.
4. Sapukan eyeprimer untuk eyeshadow tahan lama.




5. Sapu keseluruhan muka dengan loose powder menggunakan berus kabuki atau berus jenis besar.

6. Sila letakkan loose powder tadi secara bertompok di bawah mata, ini untuk memudahkan lebihan eyeshadow jatuh di bahagian bawah mata dibersihkan.

7. Berus yang akan digunakan...hehehe.

8. Ambik eyeshadow color putih, dan sapukan diseluruh kelopak mata sehingga bawah kening. ( rujuk gambar no 9 )





10. Sapu color Ungu ( ikut citarasa masing-masing ) dibahagian tengah kelopak mata, sapu secara membulat dari tengah hingga ke hujung ekor mata.

11. Sapu color coklat dibahagian hujung ekor mata secara membulat menghala ke tengah kelopak mata.

12. Ambik color hitam dan sapu dibahagian hujung ekor mata sahaja secara membulat. Pastikan jangan sampai ketengah kelopak mata seperti nombor 10 dan 11. ( rujuk gambar no 13 )





14. CNP guna eyeliner kajal untuk menampakkan lagi kehitaman dan menyerlahkan lagi mata seperti gadis arab gituuuu.

15. Guna berus flat dan kecil untuk sapu kajal tadi untuk mengelakkan dari comot.

16. Gunakan pengepit bulu mata untuk menampakkan bulu mata lebih panjang.





17. Guna eyeliner kajal sekali lagi, kali ini kegunaanya untuk mengaris dibawah mata pula.

18. Guna berus seperti no 15 tadi, untuk merapikan supaya tidak kelihatan comot. Garisan mestilah tidak melebihi tengah bawah mata.Hanya sapu dibahagian hujung mata sahaja.

19. Gam bulu mata pastikan yang kuat sikit ye sebab tak mahu tercabut di depan orang hehehe.. Sapu gam pada bulu mata palsu di bahagian garisannya sahaja. Selepas itu bentukkan supaya menjadi bentuk  " U " untuk memudahkan pemasangannya.

20. Kalau nak menampakkan Gaya Gyaru eloklah bulu mata yang agak lebat sedikit. Ermm kalau yang sudah bersuami elok mintak izin terdahulu ye.


*** Untuk tutorial sorok kening sila rujuk tutorial ini tau !





InsyaAllah, lepas ini CNP akan tunjukkan macam mana nak shadding / mancungkan hidung ok hehehe. Almaklumlah hidung CNP penyek sikit :)




Inilah CNP @ Cik Nurul Pinky, Makeup Gaya Gyaru Muslimah.

Barang-barang makeup yang CNP guna kali ini semuanya saya ada jual.. So sesiapa nak order apa-apa just isi form dibawah blog ini yer.

Sesiapa yang kurang faham atau ada apa-apa nak tanya sila email pada saya di cnp_ciknurulpinky@yahoo.com


Sign Out secara tetiba **

1 ulasan:

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in