Khamis, 21 November 2013

HOLIDAY RUSIA : MOSCOW LAST EPISOD [PART 11]

Assalamualaikum,

9am dan Check out apartment yang disewa selama di Volgograd Rusia. Owner rumah sangat-sangat baik dan ramah.


Airport Volgograd

 
Bersedia merantau ke Moscow pula.


Beli air ni dekat mesin. Ingatkan air mineral biasa rupanya air mineral perisa strawberry. Sedappp.


Makanan dalam flight menuju ke Moscow.
 
 
Flight ke Moscow jam 12.45pm menaiki flight S7 selama 1 jam setengah.

 
Jam 2.45pm selamat sampai di Moscow. Hello Moscow !! Tapi aku takutlah naik flight S7 ni hahaha. Semua flightlah aku takut senang cerita.
 
 
Sampai je Airport Moscow kitaorang tukar duit di money changer yang ada dalam airport ni. Beg-beg yang mana besar gedabak semua simpan kat locker yang disewa dalam airport ni jugak. Kitaorang just bawa baju yang nak di pakai je kelam begpack. Tak payahlah nak angkut semua beg yang berat gedabak tuuu. tak sanggup ooo. Kos sewa locker 540 ruber untuk 2 malam = 54.00
 
Selesai semua urusan di airport, jam 4.30pm terus gerak naik train dari airport untuk ke hotel penginapan yang telah di book awal-awal oleh Khairul.
Kos naik train 320 ruber = Rm32.00 untuk 2 orang
 
Kitaorang menginap di Beta Hotel. Segala urusan check in Khairul urusankan sebab diaorang banyak berurusan dalam bahasa Rusia. Yang paling aku tak boleh blah dapat bilik tak ada aircond dan diberi kipas kecil atas meja !!! Katanya sebab tak request nak aircond choiii. Khairul lagi best bilik bisnes class ok pun tak ada aircond alas an yang sama diberikan. Tapi tak apa nasib duduk tingkat tinggi melangok so angina sejuk juga masuk dalam bilik.
 
 
Inilah bilik aku dan My love.


Toilet yang bersih dan besar. Ada drama tau dalam toilet ni sebabnya aku nak minta towel so bila aku cakap English, cleaner tu cakap Rusia so jadilah ayam dan itik hahaha. En Suami boleh pulak dia gelakkan aku. Last-last aku tunjuk towel barulah dia faham.


Towel di tepi tab tu lah jadi pengalaman ayam dan itik. Wah barulah aku faham peribahasa itu haha.

 
Sabun, shampoo, Losyen semua bagailah untuk kegunaan dalam toilet.


 
Selipar bilik tu aku bawa balik Malaysia.
 



Lepas check in, mandi, solat semua terus bersiap keluar cari makan. Kitaorang makan Subway je kebetulan betul-betul depan hotel. Hanya 308 ruber = Rm

 
Pemandangan bangunan-bangunan cantik je disekeliling kitaorang. Lepas selesai makan kitaorang balik hotel untuk rehat dan sambung tidur balik hahaha. Esok misi untuk jelajah Moscow so badan kena cukup rehat.
 
ZzzzZZZZZzzzz
 
*************************************************************************************
 
10am dah keluar untuk jalan-jalan di Moscow. Badan rasa segar dan bertenaga je sebab tidur betul-betul cukup cuma mata aku je sejak sampai Rusia asyik gelong je.
 
 



Ok beli tiket train siap-siap. Kat sini pun beli kad macam di London tu.


Hahaha ni waktu temankan mama pergi toilet. Biasalah kalau Nampak cermin kan.
 


Nampak tak patung beranak tu??? Itu adalah symbol bagi Negara Rusia kalau tak salah aku. Adalah beli 4 5 ketul untuk kenangan dan bagi kekangkawan. Tapi ada sorang member ni boleh pulak dia cakap ini patung nak letak abu mayat choiiiii !!! Berasap aku dengar !!! Sila googlelah sejarahnya kalau nak tahu.



Souvenir aku habis 510.00 ruber = Rm51.00 di sini. Macam kad atas ni pun En suami sempat beli 3 4 kotak untuk main saje-saje hujung minggu almaklumlah aktiviti hujung minggu lepak dengan adik beradik kannnn.








 Tempat yang wajib dikunjungi setiap Negara yang aku pergi ialah Hard Rock Café !!! Aku beli 2 pasang tshirt dan En suami ada beli beberapa pasang lah dekat sini. Puas hatiiii.
 
Tengahari tu kitaorang makan McD je tapi yang terkejutnya sos cili siapa nak kena extra caj. Ambik koooo. Diaorang dating Malaysia patutlah ambik sos macam tak cukup dulanggg sebab freaa kan. Makan McD 407.00 Ruber = Rm40.70 untuk 2 orang.


 Jom cuci mata dengan gambar yang sangat banyak yer di Moscow.


Sekitar kawasan train bawah Tanah di Moscow. Ya Allah cantiknya ukirannya. Macam tak percaya cantik macam ni kat kawasan train. Ingat dalam istana tau.



Dalam banyak Negara aku pergi rasanya kawasan train di Moscow paling cantik dan bersih.




Escalator tertinggi kot sebab elok balik dari Moscow, tengok majalah 3 ada masuk pasal escalator tinggi ni. Tak silap ketinggian dia melangkau 10 tingkat bangunan. Aku kalau dah pandang depan jangan harap nak tengok bawah rasa nak jatuh pun ada. Tapi sini cctv ada je sepanjang escalator ni.





Kitaorang sesat so kena Tanya Polis kat situ hahaha.




Ini Restoran, tapi kitaorang tak singgah cuma Khairul je pernah makan disini sebelum ini.







 























Dalam bangunan belakang papa dan mama aku tu ada mayat alaa aku lupalah nama dia tapi orang besar Rusia jugaklah yang telah diawet dan disimpan dalam tu. Masa kitaorang dating dah tutup untuk tengok mayat tu hehehe.


















 Sampai je sini terus Instagram kat adik iparku Dilla. Iyelah kami dah jejak Negara
 fast n furious 6 shooting hehehe.


















Restoran makanan tapi tak pasti sama ada halal atau tidak.


Cantik kan bangunan yang terdapat di Moscow ni. Semuanya warna- warni.

 
Muka terpaksa senyum walaupun keletihan yang amat. Masa ni jam 7pm tapi tetap cerah. Di Rusia masa aku dating ni musim panas dan waktu siang lagi panjang dari malam.
Oklah nak ZzzzzzZZZZzz.

 
Ini pemandangan yang sempat aku ambik gambar pada jam 3.30 pagi ok. Gelap hanya 3 jam sahaja dari jam 11 malam hingga 3 pagi. Mula-mula papa aku terkejut juga jam dah 11 malam tapi masih ada budak-budak main bola dipadang depan hotel aku ni. Pastu jam 3.30am dia bangun nak toilet terkejut ingat dah terlajak tidur rupanya matahari dah timbul walaupun jam baru 3.30 pagi. Mahu tak sakit kepala dan mata kitaorang nak setting hehe.

 *****************************************************************
 
Sebab nak habiskan cepat entry di UK dan Rusia so inilah kaedahnya kalau Nampak bintang panjang tu maknanya next day ok hehehe. 
 
 
9.00am keluar shopping souvenir untuk terakhir kali. Habis dalam 1000 ruber = Rm10.00 je. Rupanya berdekatan hotel kami terdapat sebuah pasar yang menjual pelbagai benda pun dengan harga murah. Dah nak balik baru tahu cehhh. Tapi nak masuk pasar ni kena bayar 3 ruber = Rm0.30
 

Malaysia ada ke yang jenis panjang macam ni??


Happy je mama untuk shopping saat-saat akhir.

 
 Roti daging dan ayam. Dalam ni ada kedai halal dan Khairul cakap roti ni sedap so aku suruh dia belikan sekali untuk aku. Memang sedap jugaklah roti ni.



Kalaulah aku tahu berdekatan hotel penginapan ada pasar jang jual pelbagai barang tak perlulah aku beli  souvenir di Bandar semalam. Kata dalam pasar ni giler murah huhuhu.






Giler rambang duduk dalam pasar ni. Macam-macan Nampak nak beli fuhhh parah. Tapi korang kena pandai tawar menawarlah.


11.45am check out hotel Beta dan terus menuju ke train untuk ke airport. Train 4o ruber untuk 2 orang.


1pm kami selamat sampai di train menuju ke airport. Masa sampai ni pintu train belum buka lagi so melepaklah depan pintu dia dengan panas terik masyaAllah. Train ini menuju ke Airport selama 45 minit. Kos 640 ruber untuk 2 orang = Rm64.00






Kenapa kitaorang sanggup duduk depan pintu train tadi?? sebab nak dapat seat depan sekali sebab ruang dihadapannya agak luas.


Yeayyy dah sampai airport Moscow. Airport Moscow pemeriksaannya memang sangat-sangat ketat almaklumlah penah kena bom kan dulu.


Barang yang telah diberanakkan hehehe. Tengok sambil menunggu flight boleh lagi tengok teduhan kasih ahahaha. Dah boring aku ajak My love lepak Coffea house minum
hot chocolat 75 ruber = Rm7.50 segelas.


Masa untuk Check in ...

 
Waktu untuk pulang ke Malaysia... Rindunya dekat adik-adiku di Malaysia. Perjalanan dari Moscow ke Doha mengambil masa selama 6 jam. Tibanya di Doha flight delay selama 1 jam so bersabarlah menunggu. Tepat jam 1.20 am flight terus terbang ke bumi Malaysia. Boleh dikatakan selama perjalanan 12 jam aku tak jamah seketul makanan pun hanya jus oren peneman jiwa. Tak lalu rasa nak demam je. Jawab papa dah duit dah habis memang rasa nak demama hahahahaha.


Yeayyy dah sampai Malaysia tepat jam 8.30am Alhamdulillah. Tunggu beg dan kastam terus keluar menuju ke ERL. Adik-adikku dan adik ipar menunggu kitaorang di Kl Sentral je. Terpaksalah bawa kereta sebijik dan Mpv sebijik sebab tak muat nak sumbat beg. Dah terberanak hehehe.


Biasalah kan waktu balik dari mana-mana tempat pun akan lesu waktu pergi bukan main cergas kan.


Hadiah untuk mama mertua dan adik-adikku / ipar.
 
Tamatlah sudah entry Holidayku ke Doha, Paris, London, Volgograd dan Moscow . Inilah kenangan terindah dalam hidupku setakat ini. Terima kasih Ya Allah atas rezekimu. InsyaAllah moga Allah makbulkan permintaan aku untuk ke sana kelak. Moga lepas ini aku akan kembali menjejaki Negara ini dengan adik beradiku / ipar untuk sama-sama merasa main salji pulak hehehe aaminn.
 
InsyaAllah entry di Rusia ni aku akan update detal-detail perbelanjaan disana tengah nak kumpul maklumat.
 
Sekiranya korang ada sebarang pertanyaan boleh emailkan pada aku ye di cnp_ciknurulpinky@yahoo.com


Next entry Holiday Indonesia pulok... lepas tu holiday sinun pulok hehehe. lepas tu ??

0 Orang Sayangkan Cik Nurul:

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in