Rabu, 8 Januari 2014

HOLIDAY 2013 : SINGAPORE - PART 2

Assalamualaikum,

Pagi-pagi dah bangun untuk bersiap tapiiii sebelum keluar, mama masak nasi dan berlaukan kari ayam dalam tin fuhhh lazatnyaaaa. Memang terbaiklah. Kata backpackers kan. Jimat pun jimat.

Dalam jam 9.30am baru keluar dari hostel. Lambat jugaklah ni sebab kalau ikutkan waktu ni dah ada depan pintu masuk USS dah. Aku happy tengok adik-adik happy. Aku memang suka bercuti dengan family sebab dari kecik memang mama dan papa dah didik kami sebegitu so kalau pergi bercuti berdua aje aku rasa sunyiiiii.


Muka happy mengalahkan kanak-kanak hahaha. Ini kali ke 2 bagi aku dan My love ke USS.




Macam biasa kita naik Mrt lah yer. Serius aku suka holiday sebegini sebab kita boleh tengok ragam, gaya orang dan pemandangan Negara yang kita lawati. Memanglah kalau ikutkan jimat kan tapi ia lebih kepada kepuasan dan keseronokan.
Ok untuk ke USS :

Lavender ( line hijau ) - Outram Park ( ambik line purple ) - Harbourfront


Ikut aje signboard yang ada dalam tu kalau sesat. Ok ini laluan untuk line purple ye. Rujuk signboard atas tu yer.


Untuk ke Harbourfront korang kena turun kebawah yer. Guna escalator.


Macam inilah pemandangan mrrt ke Harbourfront semasa turun kebawah menggunakan escalator.


Bila sampai sini sila tunggu train sampai yer.



 
Lenggang orang dalam train hehehe.





Ok bila korang dah sampai Station Harbourfront, lepas aje ko touch tiket keluar mrt tu kan, korang akan Nampak Shopping complex Vivo City. Elok masuk je di pintu Vivo City ini korang ambik kiri dan naik escalator yang terdapat dibelah kiri tu. Naik escalator tu sehingga tingkat 3 yer.



Bila korang dah sampai tingkat 3 ni korang pasti akan Nampak Kaunter Sentosa kan tapi untuk ke USS korang kena beli tiket train khas untuk kesana. Berdekatan kaunter Sentosa ini ada mesin beli tiket train untuk ke Sentosa. $4 = Rm10.40 untuk pergi balik.


Inilah kaunter tiket train ke Sentosa tu...


Lepas beli tiket train terus beratur untuk naik train yer. Nampak tak berapa ramai yang beratur tu hehehe.
 

Tiket train ke Sentosa..  tiket ini tidak termasuk dalam kad unlimited selama 3 hari yer.

 
Pintu masuk train ke Sentosa..

 
Yeayyy dah sampai USS.. turun di Station WaterFront.


Aku memang dah pesan awal-awal dekat adik-adik ku pakai baju dan kasut yang tutup sepenuhnya sebab dalam USS kita akan terdedah dengan matahari aje. So kalau tak nak hitam atau terbakar silalah pakai menutup semuanya yer.


Beratur untuk masuk USS. Tiket USS aku beli siap-siap online.. iyelah pergi punya jauh sekali tetiba tiket habis kang menangis tak berlagu pulak hahaha. Untuk pembelian tiket korang boleh rujuk sini untuk dapatkan harga tiket USS murah.


Yeayyy dah masuk USS. Serius aku gembira tengok muka adik-adik aku teruja bila masuk sini. hahaha. Datang masa Krismas haruslah dekonya banyak bertemakan perayaan Krismas kan.















Ehhcehceh.. nak jugak bergambar yer hehehe.











Papa, mama dan mama mertua memang teruja habis masuk sini. Tengok real macam mana penggambaran petir, kilat dan laut bergelora di hasilkan. Macam aku, My love dan mama walaupun kali kedua sampai tetap teruja tau hahahaha.






Transformers The Ride memang terbaik... Semua naik termasuk papa,mama dan mama mertua tau. hahahaha.





Nadia dan Nazurah frust sebab roller coaster tutup buat masa ini.










Mamat ni memang tinggi ooo, sedangkan aku pun paras bahu My love apatah lagi dengan mamat ni kan hahahaha.


Masa di Mummy, ada ke patut My love suruh mama dia naik ride ini. Fuhh aku memang cuak ooo tunggu mama maertua dan adik-adik aku habis main ride mummy ni. Betul tekaan aku sebakul My love kena dengan mama dia hahahahaha.





Show di WaterWorld ialah jam 1.30pm , 3.30pm dan 5.30pm Korang wajib tengok tau rugi ooo kalau tak tengok best gilerrrr. Ada satu cerita Hindustan berlakon aksi kat dalam ni.


Jangan sesekali nak duduk bawah yer.. kecuali pakai paying atau baju hujan. Free-free je kang kena simbah air. My love dan Nazurah aje yang berani duduk bawah hahaha tapi berteman baju hujan.




Kena sikit semburan air hahaha..

 


Ready nak tengok Shrek 3D... Adoii hehehe kalau kuda Shrek berlari, kerusi kita duduk pun akan rasa seperti duduk atas kuda juga tau hahaha.



Hujan oooo tapi kitaorang dan siap-siap beli baju hujan hahaha.




Refill air dalam USS ini pada tahun 2013 ialah $5 = Rm13.00 , aku memang bawa siap-siap botol USS yang aku beli masa ke sini Tahun 2011.


Kebetulan masa pergi Indonesia baru ini, jumpa baju hujan terus beli untuk holiday ke USS Singapore. Kiranya untung banyak giler berbanding beli dalam USS ini hehehe.






Wajib ambik gambar di Globe ajaib ini. Masa datang 2011 Globe ini tengah renovation hehehe.




 
Suami isteri comel dan cute hehehe
 

Papa dan Mama


Adik-beradik ku.. Kecuali Khairul tiada kena kerja... Kalau cukup korum mesti lagi meriah..


Mama mertua dengan My love




Tepat jam 5.30pm kitaorang ambik kata sepakat untuk balik sebab hujan masih turun so baik balik hehehe. Tapi kitaorang enjoy dengan permainana dalam USS ini.


Sempat Shopping dalam TANG ini. hehehehe. Tq My love...


Bye-bye USS, ada masa kitaorang datang lagi..


Balik dari USS, kitaorang singgah Restoran Zam-zam kembali untuk santapan nasi beriani hehehe. Lepas tu kitaorang berpecah ke Bugis Street. Pergi Bugis Street hanya aku, My love, mama mertua dan Nazurah comel.




Untuk ke Bugis Street ini, waktu korang keluar dari Mrt Bugis korang ambik kiri jalan terus sampai jumpa simpang empat dan lintas jalan tersebut teruskan jalan terus sehingga jumpa Signboard Bugis Street belah kanan. Kalau nak pergi Arab street keluar aje mrt tu ke kanan.


Beginilah suasana dalam Bugis Street ini. Macam petaling street aje cuma ada aircond you so shopping tu best aje. Bagi aku Bugis Street lagi murah dari Mustafa Centre untuk beli keychain, baju atau apa-apa sahaja. So kalau dating Singapore, Bugis street wajib dating yer.


Penat yer...




Air fresh oren ini $1 = Rm2.60

Tepat jam 9.45pm kitaorang sampai hostel penginapan.. Fuhh penat giler hari ni.. terus mandi, solat dan boommmm tidur sampai esoknya hahahaha.

Bersambung hari ke tiga - Last day Singapore


Bajet SEORANG yang dibayar dari Malaysia :

Tiket USS = Rm160.00

 Bajet Hari Kedua :

Tiket Train Sentosa = Rm10.40
Refill air dalam USS X 2 = Rm26.00
Makan dan minum = Rm23.40
Fresh oren di Bugis Street = Rm2.60
Souvenir = Rm130.00
 

1 ulasan:

  1. bestnya...
    nory teringin nak repeat gi uss lagi..
    tp tggu baby besar sikitlah..
    aritu pegi, bermalam kt johor,next time nak try direct ke singapore mcm CNP plak lah..
    nak merasa naik MRT jugak..hehe

    BalasPadam

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in