Selasa, 7 Januari 2014

HOLIDAY 2013 : SINGAPORE - PART 1

Assalamualaikum,

Family Trip tahun 2013 ke Singapore !!!! Pilihan yang dibuat bersama-sama adik beradik untuk tahun ini. 3 hari 2 malam jeee.

Pada 25 Dis 2013 jam 7.30 pagi, aku, My love dan mama mertua sampai ke rumah mama aku sebab kitaorang tidur umah mertua sebab senang ambik mama mertuaku terus.

8.15 pagi Terus ke airport menaiki van yang selalu papa book dengan member dia setiap kali kitaorang nak holiday untuk hantar ke airport. Kali ini kitaorang naik Firefly ke Singapore so naik di Subang je.




Macam biasa, mana tempat yang nak pergi, tugas aku hanya study tempat tersebut dan mencari tempat-tempat best untuk dituju bersama peta dan penunjuk arah. Buku ni selalunya aku akan simpan untuk rujukan pada akan datang kalau travel ke tempat yang sama.





Pergi Airport Subang misi mencari Pak cik ni tercapai sebab dia lalu betul-betul depan kitaorang. Sekali je adik aku panggil " Pak cik " terus dia menoleh dan bagitahu nak ambik gambar terus dia cakap Jommm sekali dengan tangan-tangannya. Memang sporting habislah pak cik ni. Sempat jugaklah borak-borak bagai hahaha.



Backpackers ke Singapore !!!


Dr Nadia, Mama, Chef Afifa dan mama mertua di airport Subang... Masa ini nak check passport dah. Jam 10.15am flight ke Singapore.
 
 
 

Fireflyz.com.my


Masa dalam perjalanan, flight langgar awan dan selepas keluar dari awan tersebut flight macam jatuh sedikit dan membuatkan 1 flight menjerit hahaha buat cuak aku je hahahhaa.  Gambar kat atas ni betul-betul baru lepas jerit hahaha.

 
Memandangkan waktu Krismas kitaorang ke Singapore so diaorang bagi GingerMan dan fresh oren untuk sarapan pagi dalam flight.
 

 
Yeayyy dah masuk Singapore. Nampak tak bangunan-bangunan tinggi tu???
 

Jam 11.20am kami selamat sampai di Changi Airport. Agak lambat juga sebab flight melalui sumatera barat tak silap. Untuk flight Fireflyz, pihak airport sediakan bus untuk transfer kitaorang ke airport. Kiranya ko turun flight tu bus dah ada menunggu.


 
 Di pintu masuk Changi Airport T2
 

 
 
Orang tak ramai pun masa beratur untuk Immigration cop passport. Siap borak-borak lagi dengan pegawai tersebut. Ok penting ni. Korang kena isi kad yang diberikan dalam penerbangan selengkapnya termasuk alamat tempat penginapan korang diSingapore. Kalau tak lengkap korang kena lengkapkan kad tersebut sebelum passport korang di cop.
 

 

Keluar je dari Immigration tadi korang terus ambik beg. Betul-betul dekat ambik beg ni korang akan jumpa 1 pintu. Keluar pintu tu dan Nampak signboard macam ni. Macam aku ambik ke kanan untuk ke Mrt.

 


 
Di Airport, jangan lupa ambik Map atau apa-apa berkenaan Singapore yer sebab free. Dekat luar dari airport susah nak jumpa atau kata lain kalau nak kena pergi belilah haha.


Ingat tau kalau sesat, tengok signboard aje. Ikut je arah signboard tu insyaAllah korang tak akan sesat.




Ok bila korang dan sampai ke bahagian pembelian tiket mrt, korang ada  2 pilihan iaitu :

kalau korang nak beli tiket mrt setiap kali naik train, korang ke kanan sebab ada mesin beli tiket macam train kat Malaysia ni jugak. Macam kitaorang beli tiket travel unlimited selama 3 hari, pergi belah kiri, korang akan jumpa kaunter tiket so kat sana korang boleh tanya dan diaorang akan tanya untuk berapa hari. Kitaorang ambik 3 hari unlimited hanya $20 + deposit $10 ( deposit akan dipulangkan ) so total $30 (RM78.00) untuk sorang. Serius lagi jimat beli tiket unlimited ni berbanding beli tiket setiap kali naik train.





Map mrrt Singapore




Lepas dah beli tiket korang boleh tunggu train. Ingat selalulah rujuk signboard ni yer.

 


Dari Changi Airport



 
Turun di Station Joo Koon untuk naik mrrt seterusnya ke Lavender.
 

 
Memandangkan tempat tinggal kami di Lavender so perjalanan train kami ialah
Changi Airport ke Tanah merah (turun di Tanah merah sebab train akan ke Pasir Ris ) ambik mrrt ke Joo Koon dan turun di Station Lavender. ( line color hijau )




Mrt Singapore... bersih dan cantik. 
 



Macam aku menginap di backpackers@sg so untuk ke hostel tersebut korang Keluar je dari Mrrt,  korang akan Nampak Guardian so korang ambik kiri dan naik escalator untuk keluar dari station mrt Lavender tu. Belah kanan korang akan Nampak restoran Wendy. Jalan terus melalui kedai-kedai makan tersebut sehingga keluar dari bangunan tu dan ambik kanan dan ikutlah susur jalan tersebut sehingga jumpa signboard jalan. boleh rujuk peta diatas ok.

 
Benda penting selama di Singapore you
 
 
Kitaorang sampai aje dekat pintu hostel, terkejut tengok nama adik aku terpampang. Ingatkan dia kena campak dengan group yang lain ni,  rupanya nama dia tu bermaksud ketua kumpulan kitaoranglah sebab masa daftar nama dia paling atas hahaha. Kitaorang cuak dengan pengurus hostel ni pun cuak sekali hahaha.
 
Lepas check in, kitaorang just letak beg, mandi dan solat baru keluar cari makan. Tempat makan utama yang dituju adalah restoran zam-zam ok di Arab street. Untuk ke sini korang kena turun di station Bugis. Walaupun korang nak pergi Bugis street atau Arab street memang akan turun di station ini. Untuk pergi ke Restoran Zam-zam caranya ialah keluar aje dari mrt station korang akan Nampak sebuah hospital di sebelah kanan korang. So korang jalan terus aje sehingga jumpa Subway. Ikut aje susur tepi Subway tu sehingga jumpa simpang 4 dan ada traffic  light belah kiri. Dari traffic light ini korang dah boleh Nampak Masjid Sultan yang popular tu. Restoran ini berada betul-betul didepan masjid ini.

 

Bersiap sedia untuk ke Restoran Zam-zam hehehe.. Mat peta menjalankan tugasnya..


Berlatarbelakangkan Masjid Sultan


Pelbagai makanan yang dijual di restoran ini. Memang berbaloi sebab hidangannya dalam kauntiti yang banyak. Macam aku makan tak habis pun selebihnya bungkussss.


Menunggu makanan sampai dengan girangnya hehehe..


Nasi Beriani ayam masala $7 = RM18.20 sepinggan

 
Murtabak ayam $11 = Rm28.60 size besar







Ya Allah bila tengok gambar ini balik rasa nak pergi Singapore sekarang juga !!!!


Mama dan mama mertua


Di sekitar Arab street ni banyak kedai kain.





Ok dah habis makan, kita balik hostel dulu untuk rehat-rehat sementara menunggu aktiviti seterusnya di malam hari yeayyy.


Dalam jam 8.30 kitaorang keluar cuma nadia aje tinggal sebab dia kurang sihat. Berdekatan tempat tinggal kitaorang ada supermarket 24 jam aiatu FairPrice. Murah jugaklah.


Kita ke Marina Bay... Untuk ke Marina Bay kitaorang turun di station Rafles Places. Disebabkan ada setengah blog bagitahu turun di station City Hall lagi dekat so kitaorang turun di station City Hall. Bagi aku City Hall dengan Marina Bay sangatlah jauh berbanding Rafles Places. So korang semua baik turun di Rafles Places. Dekat sini juga kitaorang shopping di Robinsons.


Esplanade Singapore


Berehat sebentar...








The Fullerton Hotel yang mewah dan cantik sesangat


Merlion Park.. akhirnya termakbul juga untuk bergambar dengan singa air ni. 2 tahun lepas singa ini renovation tak silap..











Dulu aku pernah dating sini waktu siang so sekarang kitaorang dating waktu malam pulak hehehehe. Malam tak panas dan cantik pulak tu cahaya lampunya.










Hadiah besday mama yang sempat aku shopping di Singapore. Yang pasti handbag haha


Ok untuk pulang semula ke Mrt, korang ke lalu depan hotel ini sehingga jumpa 1 station bus stop. Lepas station bus tu korang masuk kanan iaitu berdekatan pintu masuk utama hotel Fuellton. Jalan terus dekat-dekat bangunan tu sehingga Nampak signboard Mrt. Kalau tak Nampak boleh aje Tanya orang-orang dekat situ ok. Tapi kalau korang masa datang Marina Bay turun di station ini pasti korang tahu jalan nak pulang ke station ini semula kan hehehe.



Pintu masuk hotel mewah Furlleton


 


Belakang dinding ini ialah Mrt Rafless Places.



 
Keletihan dan happy dapat shopping pada hari pertama sampai Singapore..
 
Ok bersambung untuk hari kedua pula yer..
 
Kalau ada sebarang pertanyaan boleh email kita yer..
 
cnp_ciknurulpinky@yahoo.com



Bajet SEORANG yang dibayar dari Malaysia :

 Hotel Penginapan = Rm114.25 untuk 2 malam 


 Bajet Hari Pertama :


Tiket Mrt untuk 3 hari Unlimited = Rm78.00
Makan dan minum = Rm23.40


Total : RM215.65 untuk 1 orang

1 ulasan:

  1. menginap di hostel mana ek ? boleh thu x

    BalasPadam

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in