Khamis, 17 Julai 2014

AKTIVITI MINGGU LEPAS

Assalamualaikum,

Maaf lama dah tak update.. Bulan puasa yang super busy.. Oh nak bagitahu last pos barang adalah minngu ini ye 21 Julai 2014 sebab lepas tu pihak kami tak terima sebarang order untuk pengeposan sebelum raya ye harap maklum.

Minggu lepas barulah mood raya muncul itupun setelah dengar lagu raya berkumandang. I kan deman teruk so untuk hilangkan demam ajak en suami bawa pergi shopping terapi kataku hahaha. Iye en suami turutkan dan bawa saya ke Klcc tempat yang betul-betul hampir dengan rumah.

Sebab tahun ni tema biruuuuu, so semua benda aku nak cari biruuuu. Puas aku usha sana sini kasut dan handbag biru tapiiiii nan ado yang memikat selera demamku. Nasib tak grab handbag ini sebab en suami cakap kalau tak jumpa yang berkenan dihati baru leh grab beg ni so aku redha dalam pasraghhhhhh.

Untuk mama dan mama mertua aku dah setle awal-awal lagi shopping untuk diaorang sebelum raya lagi. Tahun ini tiada handbag baru untuk mereka berdua hahaha. Untuk papa insyaAllah minggu ni baru misi pencarian berlangsung. Untuk Afifa dan nadia aku bagi duit aje suruh mereka berdua pergi beli sendiri cumaaaa si bongsu tu aje aku bawa dia pergi Miss Lilyshop di wangsa Melawati dan Jaya Jusco suruh dia pilih apa dia nak pakai. Ambik ko sedozen dia dah siap cuba terus letak atas kaunter sambil tunjuk " kakak saya bayar " amboii ko dik. Tak apalah adik bongsu katanyaaa. Tidak lupa juga untuk bibik kesayangan kami adik-beradik tetap aku bawa juga untuk dia pilih baju yang berkenan. Bibik aku ni dah ibarat ibu ke 2 kami dah.



Itulah rutin setiap kali raya bagi seorang kakak. Untuk aku dan suami ??? En suami macam biasa sempoi aje tapi sekali shopping ambik kooooooo 7 helai tshirt dia sapu tahun lepas. Tahun ni harap dia insaf hahahaha.

Aku ?? Insaffff bila masuk Coach hilang insaf tuuu hahaha. Tapi tak beli kat sini pun just order dengan member nun di New York. hahahaha. Nasib tak shopping handbag kat Klcc en suami cakap. Alahai Ulangtahun perkahwinan dengan birthday en suami selang beberapa hari je dalam bulan 7 ni tapiiiiii hadiah langsung aku tak beli lagi hahaha. En suami aje yang dah beli untuk isteri dia ni hahaha. bertabahlah wahai hati en suami.

Yahooooo cincin tunang yang selama 5 tahun duk peram dalam almari dah boleh pakai balik Alhamdulillah. Kurus ke?? bluwerkkkk.

 


 
 Ini cerita ahad lepas, tunaikan permintaan adik bongsu yang selama ini nak sangat jumpa dengan emma maembong. Reward sebab rajin pergi tuisyen so aku berpakat dengan 2 orang adik iparku merangkap admin emma maembong jugaklah. Terkejut giler adik aku ni bila emma maembong depan mata dia. siap peluk kaw-kaw lagi dengan emma. Nak tengok ucapan khas emma untuk dia?? followlah instagram budak kecik ni ye.

Ini ajelah karangan untuk minggu ni. saya penat yang amat minggu ini sampai rasa lepas sahur nak tindur sampaiiiiiiiiiii tengahari hahaha.


Oklah byeeee.



2 ulasan:

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in