Sabtu, 3 April 2010

MAJLIS BERTUNANG

Fuhh aku demam ni, tapi bosan pulak so gagahkan diri update blog.Bukan apa takut terbengkalai lama-lama.Jap aku makan ubat..

Ok setle.

Kami bertunang pada 1 Sept 2007,tak percaya pada mulanya..tapi bila tengok baju tunang yang dijahit oleh ibu mertuaku yang comel & rock (dulu bakal mak mertua) terus menjadi gundah-gelana..betul ke aku ni akan menjadi tunangan orang??

Tarikh untuk bertunang 2 kali diubah oleh kerana menunggu kepulangan adik lelaki ku dari Rusia.Tapi tetap diadakan dalam tahun 2008,disebabkan datuk belah papa ku tidak mahu tempoh bertunang yang lama..banyak masalah yang timbul katanya..sebagai anak dan cucu aku mengikutkan aje katanya..dalam hati yahooooooo..app gatal rupanya..HAHA..

Hantaran kami 7 berbalas 5 dan hantaran ini semua telah ditempah khas oleh mamaku yang mata sepet itu kepada Kak Adik.Cantik dan sungguh puas hati hasil kerja tangannya yang mengambil masa selama sebulan lebih untuk mensiapkannya...



WAJAH CERIA MENJADI TUNANG ORANG



SARUNG CINCIN

BERSAMA KELUARGA

WAKTU MAKAN & BERGAMBAR

Kalau ikut belah Terengganu kampung kelahiran papa,mama dan aku,pihak lelaki juga berhak menerima sebentuk cincin.Cincin untuk My Love mamaku tempah khas mengikut design dan batu yang mamaku suka...Ehh ma,siapa nak tunang ni??konfius tiba-tiba...

1 ulasan:

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in