Isnin, 7 Januari 2013

BANDUNG 24 DIS 2012 - PERCUTIAN BAJET

Assalamualaikum,

Akhirnya ada juga mood untuk update Family trip ke Bandung untuk akhir tahun 2012. Kali ini kami saje mencuba untuk lebih ke percutian bajet berbanding sebelum ini. 1st time kami cuba dan akhirnya berjaya Alhamdulillah. Percutian kali ini juga merangkap family trip + shopping barang kahwin, 2 + 1 ibarat pepatah sambil menyelam minum air HAHAHA.


 
Inilah Jadual perjalanan di Bandung setiap hari dan tukaran matawang dari Ringgit Malaysia ke Rupiah
 
 
2 Buah beg sahaja bila time pergi, iyelah persediaan untuk balik nanti hehehe. Beg pink tu tak ada isi apa pun.

Kami bertolak ke Bandung pada 24 Dis 2012 tapi sebelah pagi kesemua keluargaku bekerja termasuklah aku. Alhamdulillah sebelah tengahari kami semua keluar dari pejabat masing-masing menuju ke rumah untuk bersiap memandangkan pemandu akan mengambil kami untuk di hantar ke airport jam 4.30 petang. Oh ye kami ke Bandung seramai 10 orang iaitu pa & ma, adik-adikku kecuali adik lelaki aku yang di Rusia, keluarga mertua dan sepupu.

Sampai je Airport terus drop bag di kaunter memandangkan My Love dah check in secara online. Alhamdulillah staff di kaunter tersebut sangat baik dan memberikan kami drop seberapa banyak beg yang ada janji tidak melebihi had bag yang dibeli. Thanks you sis..lupa nak tengok nama hehe.

Selesai drop bag di kaunter, kami terus menuju ke surau untuk solat Magrib dan jamak isyak terus. Lepas tu terus makan di foodcourt memandangkan kedudukan surau dan tempat makan dah dekat. Harga di foodcourt agak mahal sikit berbanding sebelum ini mungkin sebab dah ramai orang makan disini.

Selepas habis makan kami terus masuk ke ruang menunggu, iaitu ruang melepasi pihak imegresen Malaysia. Disini ada satu kejadian yang tak disangka iaitu salah seorang staff imegresen check passportku dan terus memanggil nama penuhku. Mula-mula ingat passport ada masalah rupa-rupanya dia salah seorang pembaca dan customer di blogku ini. Sangat-sangat terkejut ok. Hafizah best dapat jumpa kamu akhirnya, sorry bab kelam kabut sikit hehehe.

 
Sabar menanti dengan senyuman hahaha.
 
 
Ma dan mama mertua, muka ma macam biasalah tak sabar nak shopping hahaha


En suami dan papa. Baru sahaja aktifkan kad atm di mesin atm sebelum terbang. Ingat ye sebelum penerbangan baik aktifkan kad atm dan kredit card kena call centrenya untuk aktifkan luar negara punya. Mana tahukan kalau ada kecemasan.
 
 
 
Adik-adikku tersayang dunia dan akhirat
 
 
Bersama adik iparku Dilla.
Sorrylah ye muka CNP ala-ala tidak berdaya iyelah penat berkejar-kejaran dari office pun belum hilang lagi hehehe.
 
 

Memandangkan flight kami ke Bandung sepatutnya jam 10.30 malam bertukar ke jam 11.00 malam delay setengah jam..Biasalah Airasiakan kalau tak delay tak sah hehehe. Boring dan bosan menunggu gate buka, kitaorang main Uno. nasib My love bawa game ni, sikit sebanyak hilang jugaklah kebosanan kami menunggu ni. Biasalah kalau dah main game ni suara kitaorang jelah yang bingit itu dan ini sampai ada mat salleh tengok aje kitaorang ,last-last dia ambik gambar kami semua hehehe.

Jam 11.00 malam flight ke Bandung berlepas, macam biasa aku kan gayat so bila flight nak mula terbang aku mula gelisah tapi bila dah ada kat atas sana ok pulok hehehe. Memandangkan penerbangan ke Bandung mengambil masa selama hampir 2 jam, aku menghabiskan masa dengan menonton cerita Lagenda Budak Setan 2 dan yang lain ada yang tidur dan main game.


 
Tempat duduk kami terpisah hehehe..aku time ni duduk dengan Nadia dan Dilla.
 
 
3 Dara pingitan hahahaha
 
 
Si comel Masturina, adik bongsuku, bukan main seronok lagi bila papa bagitahu dia nak bawa dia g Bandung holiday kali ini.
 
 
Berkabus dan berangin sewaktu sebelum berlepas.
 
 
Keboringan selama 2 jam aktivitinya layan tengok movie Lagenda Budak Setan 2 dengan Samsung Note.

Jam 1.30 pagi kami selamat sampai di Bandara Bandung. Keluar je flight angin bersepoi-sepoi sehingga ke tulang memang sejuk sangat-sangat. Nasib aku pakai baju sejuk yang agak tebal, yang lain semua kesejukkan hahaha. Memandangkan kami sampai agak lewat malam kadar sewa kenderaan Kijang agak mahal iaitu 300.000rp sekitar RM 95.00.

 
Pertama kali Nadia menjejak kaki ke Bandung, almaklumlah sebelum ni dia terlampau sibuk. so kali ini impiannya telah terlaksana.
 
 
Sejuk ooo waktu ni, nasib pakai baju tebal hehehe.
 
 
Time ini kalau nak ambik gambar ke apa, silalah cepat-cepat ye kalau tak azab nak beratur panjang untuk cop passport di imigrasi Indonesia. Airportnya kecik je so agak padat.

Dibandung kami menginap di Unique guesthouse, semalam dalam rm60.00 aje padanlah kan hanya nak tidur je kata nak cuba percutian bajet. Rupanya ramai Mat Salleh menginap disini almaklumlah bagpackers.

 
Di ruang untuk check in
 
 
Pa dan ma dapat bilik di tingkat 1, manakala yang lain di tingkat 2. Di Guesthouse ni harga sangat berpatutan dan kita boleh pilih bilik sekali ngan bilik air atau bilik air diluar. Harga kalau tiada bilik air dalam bilik lebih murah. Walaupun bilik air diluar bukan jauh pun tetap 1 level ngan bilik kita.
 

Inilah ruang bilik tidur kami. cukuplah hanya untuk tidur sahaja hehehe.

Lepas setle semua ZZZzzzzzzzzzZZZZ

Tunggu update Hari Kedua pulok yer..

p/s: bengang secara tetiba bila blog tak boleh upload gambar..nasib teringat tutorial kak mimi.. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak update blog. Nampak gayanya kena besarkan lagilah kot gb nya..

4 ulasan:

  1. wah,bestnya pergi Bandung :)

    BalasPadam
  2. @Wani Omar

    Memang best sangat-sangat.. shopping yang berbaloi-baloi hehehe

    BalasPadam
  3. salam awak.. kalu tak keberatan boleh x emailkan kita tentatif awak tu nmpk mcm menarik nak buat contoh.. huhuh

    BalasPadam

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in