Selasa, 7 Mei 2013

KENANGAN PILIHAN RAYA 2013

Assalamualaikum,

Korang semua dah jalankan tanggunjawab sebagai pengundi ke ahad kelmarin? Macam aku pun sudah menunaikan tanggungjawab tersebut. Tahun ni kira 2nd time lah aku mengundi. Seronok bila tiba Pilihan Raya ni sebab " PERANG POSTER " ! Kadang-kadang berangan jugak kenapalah masa kahwin dulu bukan time pilihan raya,  kalau tak boleh dah bergambar dengan baju pengantin dikelilingi bendera-bendera pelbagai parti, yang bestnya siapa yang dapat pengalaman macam ni pasti tersenyum sendiri bila teringatkan kembali bukan? Bukan senang nak dapat peluang macam ni dan jarang-jarang dibuat orang HAHAHA. Tapi kalau aku comfirm sanggup !!!





Inilah buktinya aku telah mengundi. Tapi dah masuk hari ke 3 dakwat di jariku masih ada. HEHEHEHE aku lagi suka biar orang nampak aku dah mengundi ecehhh.






Yang bestnya pengalaman menjaga kaunter rujukan saluran untuk para pengundi semua. Selama seminggu, setiap malam dari jam 8.00 malam hingga 12 malam terpaksa berjaga demi Negara. Wahhh ayat tak nak indah lagi kan ^_____^ dan pada hari mengundi tetap kena bertugas 1 hari suntuk. Tapi aku berasa puas sangat-sangat sebab inilah pengalaman pertama kali dalam hidup diriku menyertai kerja-kerja ketika Pilihan Raya. Dulu tengok mama je bertugas kini anak comelnya pula mengikut wakakaka.



Yang kelakarnya, dah sah-sah aku jaga bahagian nak cek no saluran mengundi boleh pulak time nak g mengundi tu lupa no saluran.. buat kena gelak je dengan member-member kat situ. Oklah pilihan raya pun dah tamat so janganlah sepanjang tahun kita duk bercakap pasal politik je. Politik tetap politik tapi jangan sampai memecahbelahkan silaturrahim sesama ISLAM.

Doaku semoga Barisan Nasional boleh bersatu bersama Pas untuk kemakmuran Bangsa Melayu dimasa akan datang. Kita tengok betapa teguhnya Bangsa Cina dengan Bangsa dan kaumnya sendiri cukup membanggakan. Tak mustahil kalau kita bersatu, kita boleh jadi seperti mereka aaminn.

 




Segala coretan di blog ini adalah untuk tatapan pada tahun-tahun akan datang dan juga untuk tatapan anak-anakku InsyaAllah.

2 ulasan:

  1. Saya x dpt mgundi..belum ckup umur:(

    Nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

    insanbiasabiasa@blogspot.com

    BalasPadam
  2. @Teena Tna

    Alo..alo..alo comelnya dia.. tak pe 5 tahun akan datang mesti dah mengundi kan hehehe

    BalasPadam

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in