Khamis, 23 Mei 2013

MANJAKAN WAJAH ANDA DENGAN MASK MUKA

Assalamualaikum,

Minggu ni nak review produk mask wajah lagi, cuma bezanya mask ini untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah. Untuk Mask ini CNP akan pakai 3x seminggu. Yang pasti CNP akan pakai mask ini sebelum tidur untuk rilex-rilex gitu. Jangan tak tahu My love CNP pun turut sama pakai tau. Macam CNP akan simpan kesemua mask-mask penyegar wajah ni ke dalam peti sejuk sebabnya bila pakai kita secara automatiknya akan rasa segar,sejuk dan nyaman je malah pori-pori wajah pun dapat tutup dengan sempurna.

Wanita berkerjaya, surirumah dan student patut mengamalkan penggunaan mask ini. Iyelah wajah kita pun mahu dibelai,  bukan untuk mengekalkan kecantikkan kulit wajah dari luar dan dalam malah suami pun makin sayang betul tak? hehe.

Ini kali ke 5 kotak kot CNP ulang order sebab best sangat-sangat guna mask ni. Muka pun rasa lembut aje bila bangun pagi. Dulu-dulu CNP sanggup ke rumah jiran sebab nak minta pokok lidah buaya untuk ambik lendirnya dan sapu keseluruh muka tapi sekarang masa pun dah kurang so memang tak sempatlah nak ke rumah jiran bagai untuk ambik pokok lidah buaya ni. Alhamdulillah sekarang CNP dah ada alternatifnya tanpa perlu mengambil banyak masa hanya untuk pokok lidah buaya ini aje hehehe.


 
Now Face Mask ini berharga
RM10.00 untuk 4 keping



Inilah aktiviti minggun CNP hehehe. selalunya selepas CNP habiskan semua kerja-kerja barulah CNP akan pakai mask ini. Itupun setelah mencuci wajah terlebih dahulu ok. Jangan tak cuci wajah tapi terus pakai mask ni alamaknya hasilnya pun kurang bagus.


Oklah byeeee Nantikan Mega Sale Isnin ini yer..

0 Orang Sayangkan Cik Nurul:

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in