Isnin, 15 Mac 2010

KENAPA LELAKI SUKA MAINKAN PERASAAN WANITA???

Wow entry panas nyah kali ni HAHA.Tajuk diatas bukan berkaitan dengan saya,tapi ingin meluahkan rasa ketidakpuasan hati sahaja!.

Lelaki adalah sinonim dengan nama "SUKA MAINKAN HATI KAUM HAWA"tapi saya tahu tidak kesemuanya begitu namun kerana nila setitik rosaklah susu sebelanga..Yeeeeyyy tengok saya pandai berpantun anda bila lagi??Kwang..kwang..

Banyak berita yang saya baca semuanya berkenaan lelaki...Apa nak jadi dengan kaum Adam sekarang ni??bukan ke kaum Adam dijadikan untuk melindungi kaum Hawa??Kadang-kadang saya pun terfikir,yang suka merogol wanita tu pernah tak dia fikirkan tentang ibunya,adik-adik perempuannya??apa perasaan si perogol sekiranya dalam kaum keluarganya ada yang kene seperti apa yang dia telah buat??

Ya saya tahu mungkin ramai membantah dengan apa yang saya cuba perkatakan ini namun inilah yang terjadi..anda tidak percaya??pergilah baca surat khabar untuk mendapatkan bukti-buktinya...

Kaum adam tolonglah jangan jadikan kaum hawa seperti hamba abdi anda...renung-renungkanlah iyerrr...

Untuk kaum hawa,anda dikurniakan maruah diri untuk dijaga..janganlah kerana sebuah CINTA yang tidak pasti anda serahkan segala-galanya dan yang pasti anda juga rugi...Seorang insan bernama Kekasih tidak akan membuatkan sesuatu pada teman wanitanya sekiranya dia betul-betul menyayanginya dan menghormati keperibadian teman wanitanya....

Saya sedih melihat dunia pada hari ini yang seperti tidak dapat membezakan antara halal dan haram...

renung-renungkanlah.....

0 Orang Sayangkan Cik Nurul:

Catat Ulasan

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in