Jumaat, 26 Mac 2010

KISAH PERCINTAAN KAMI

Macam-mana ye aku nak karangkan HAHA..kadang-kadang bila fikir balik agak kelakar pertemuan kami..tapi itu dah suratan so terima dengan bangganya yehahhhhh..


Pertemuan kami di Tanjung Biru Port Dickson,dimana My Love adalah kawan kepada officemate aku yang secara kebetulan join sekali familyday officeku di Port Dickson.Sampai di Tanjung Biru semasa check in hotel kami sebelah menyebelah so bila buka tingkat aku akan terpandang wajahnya dan si dia pun akan terpandang wajahku yang comel ini ahakkk..;)


Keesokkan harinya,aku mandi swimmingpool bersama rakan-rakan lain tapi sedang aku baring-baring diatas dasar air,alangkah terkejutnya bila aku rasa ada sesuatu yang tidak kene..TIBA-TIBA bulkkkk aku lemas..huhhh kurang asam ada seorang mamat mana tah menyelam dan lalu dibawah badanku..bila ku perhatikan betul-betul sah lah itu ZELI EFFENDI...bukan nak tolong aku buat dekkk aje..konon nak tunjuk macho HAHA..


Dari situlah perkenalan kami walaupun pada masa itu aku ada jugak berkawan dengan lelaki lain..untuk memastikan siapa jodohku,boleh dikatakan setiap malam aku menunaikan solat istikarah dan semua pertunjuk terarah kepada My loveku...


Syukur...selepas setahun perkenalan kami,akhirnya My love menghantar rombongan merisik ke rumahku..perasaan aku ketika itu tak dapat digambarkan..takut..gembira semua ada..iyalah baru setahun berkawan dah nak diikat...bila aku khabarkan pada mama..mama setuju dengan rombongan merisik itu...


Dugaan??siapa cakap setiap perhubungan tiada dilanda badai..tapi dugaan yang menimpa hubungan kami hanya dialam perkenalan @ berkawan..tidaklah di alam pertunangan...dimana ramai yang beritahu aku dialam pertunangan banyak dugaan yang melanda..alhamdulillah hubungan kami utuh....


Sewaktu berkawan,aku akan keluar hujung minggu sahaja dan akan pastikan pulang sebelum jam 7pm..iyalah tak manislah bila anak dara balik larut malamkan..itulah pesanan mamaku..tengok wayang jangan haraplah memang kami langsung tidak menjejak kaki kesitu..bila aku khabarkan pada teman-temanku ramai yang susah untuk percayainya...kali pertama menjejak kaki ke panggung wayang ialah selepas berkahwin seminggu HAHAHA...


Setiap kali pertemuaan mesti dirumahku sekiranya aku malas nak kuar..puas dipujuk mama namun aku buat dek aje..iyalah mood malas melanda HAHA..tapi sehinggalah sekarang kami susah mahu percayai yang kami sudah menjadi suami isteri yang sah...ishhh i love youlah sayang...aku masih ingat lagi pada tanggal 4 Ogos 2006 jam 10.30pm My Love telah menghantar satu mesej berbunyi ; sudikan kamu menjadi teman hidupku?ikhlas dari hati yang luhur.


Tergamam mulutku masa itu...aku minta waktu untuk aku fikir-fikirkan..dan selepas merujuk pada mama tersayang aku mengambil kata putus untuk menerima dirinya dalam hidupku..ohhh sungguh syahdu sekali entry ini ya,,hye nurul jiwang karat ya...KAHKAH...


Bersambung dengan kisah Merisik,bertunang dan Kahwin...lalalalala...

1 ulasan:

  1. alahai romantis gak hubby nurul yer.. ialah jodoh pertemuan tu kan di tangan tuhan.. memang dah tertulis di loh mahfuz dah tu..

    BalasPadam

♥♥ CONTENGLAH KOMEN ANDA DISINI ♥♥

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in